◉ HEADLINES

Dakwaan kekerasan di depot tahanan imigresen, tiada wakil HRW tampil: Saifuddin

Jika benar mereka menjaga hak asasi manusia, HRW sepatutnya membantu Jabatan Imigresen Malaysia menguruskan pendatang dengan lebih baik

8:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tiada wakil daripada Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) hadir untuk mengadakan pertemuan dengan pihaknya berhubung dakwaan berlaku kekerasan di depot tahanan Imigresen.

Beliau berkata, meskipun pihaknya sudah menyatakan kesediaan untuk bersemuka bagi menjawab dakwaan tersebut, namun sehingga kini, badan bukan kerajaan itu masih belum memberi sebarang maklum balas.

Kata Saifuddin, HRW membuat laporan yang tidak wajar kerana Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sentiasa berusaha menjaga kebajikan tahanan di depotnya malah sudah banyak bertolak ansur.

“Terdapat pendatang dari Filipina dan Amerika Syarikat (AS) yang sudah berada lama di negara ini seperti lapan hingga sembilan tahun.

“Contoh, apabila ditanya, dia kata warga AS tetapi bila disemak dengan kedutaan AS, mereka tidak perakui tahanan ini,” katanya dalam sidang media pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Warga JIM di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil di sini malam tadi.

Beliau berkata, walaupun identiti mereka tidak diperakui, pihak Imigresen masih menjaga mereka.

“Tiba-tiba HRW lapor kita berlaku kejam pula. Kalau betul-betul nak (menjaga) hak asasi manusia maka bantu kita uruskan mereka ini dengan lebih baik. Hal ini sepatutnya HRW bantu kita,” katanya.

Saifuddin berkata, ketika ini, terdapat 20 depot Imigresen di seluruh negara dengan kapasiti 20,450 tahanan namun setakat 31 Mac lepas, jumlah yang ditempatkan di depot ialah 13,530 iaitu di bawah kapasiti maksimum.

Mengulas mengenai perbelanjaan kerajaan untuk membiayai tahanan di depot terbabit di seluruh negara, beliau berkata, sebanyak RM122,645,458.48 dikeluarkan bagi kos penghantaran pulang, pengurusan perbelanjaan utiliti, makan minum dan barangan keperluan asas mereka.

“Kerajaan juga menyediakan peruntukan RM209.2 juta untuk menaik taraf depot tahanan di Lenggeng, Negeri Sembilan, Pekan Nanas di Johor, Bekenu di Sarawak serta Sandakan dan Tawau di Sabah yang dijangka siap pada 9 Jun ini.

“Projek menaik taraf ini termasuk pagar keselamatan, rakaman kamera litar tertutup dan penggera keselamatan bagi tujuan kawalan pemantauan,” katanya. – 6 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related