◉ HEADLINES

MCMC panggil 4 pemilik Facebook sebar kandungan palsu berkaitan majlis tilawah dan hafazan

Semua data yang dimuat naik oleh mereka telah direkodkan sebagai bahan bukti untuk siasatan dan tindakan lanjut

10:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat pemilik akaun Facebook dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) semalam susulan penyebaran kandungan palsu membabitkan penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa 2024.

MCMC memaklumkan, empat yang dipanggil itu adalah sebahagian daripada pemilik akaun media sosial disyaki membuat hantaran berkaitan kandungan berkenaan.

“Mereka mereka dipanggil untuk siasatan serta rakaman percakapan.

“Semua data yang dimuat naik oleh mereka telah direkodkan sebagai bahan bukti untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, MCMC mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung penyebaran kandungan palsu melibatkan penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa bagi tahun 2024.

“Penyebaran kandungan tersebut dikesan berlaku di aplikasi Facebook melalui beberapa akaun,” katanya.

MCMC turut memaklumkan beberapa lagi individu akan dipanggil bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu. – 6 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related