◉ HEADLINES

Tiada lagi ‘pangkat’ senior dan junior dalam skuad kebangsaan: Norza

Pemain muda turut akan dihantar bertanding bersama pemain senior dalam kejohanan antarabangsa bagi meningkatkan ketahanan mental dan fizikal mereka

8:53 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menegaskan pemain negara tidak akan lagi dibezakan dengan ‘pangkat’ junior dan senior sebaliknya berdasarkan kedudukan ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF). 

Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata pemain muda turut akan dihantar bertanding bersama pemain senior dalam kejohanan antarabangsa bagi meningkatkan ketahanan mental dan fizikal mereka.

“Kami telah memutuskan kerana terdapat penstrukturan semula dalam kejurulatihan…mulai sekarang, anda akan membezakan pemain bukan berdasarkan junior atau senior, tetapi mengikut ranking dunia. 

“Pemain junior sudah mencapai keputusan baik dan mereka akan bersaing di peringkat senior,”katanya kepada pemberita Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BAM kali ke-79 di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini. 

Beliau enggan menerima ‘pandangan’ pemain Malaysia hanya matang pada usia 25 ke atas kerana mutu pemain negara lain semakin meningkat walaupun masih muda. 

Dalam perkembangan lain, Mohamad Norza memaklumkan BAM akan mengambil langkah proaktif untuk menggalakkan pertumbuhan pemain muda negara dengan bersetuju menambah nilai geran kepada persatuan negeri mengikut prestasi pemain. 

Beliau berkata sebelum ini peruntukan geran untuk persatuan negeri yang bernaung di bawah badan induk itu menerima antara RM300,000 hingga RM450,000. 

“Kita faham sesetengah negeri membelanjakan lebih banyak wang dan usaha untuk membangunkan pemain muda berbanding negeri lain.

“Sebagai contoh, jika persatuan negeri sebelum ini menerima geran RM300,000, jumlah itu tidak akan disentuh tetapi akan ada tambahan berdasarkan prestasi dan kriteria berasaskan aktiviti,” katanya. – 7 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

Taib Mahmud: a life of controversies and political intrigue

The diminutive and flamboyant Tun Abdul Taib Mahmud has left an indelible mark on Sarawak and the country, seeing that he was its chief minister for 33 years and later, the governor for nearly a decade.

◉ Related