◉ HEADLINES

Arab Saudi sambut 1 Syawal esok, Malaysia pada Khamis?

Penetapan tarikh itu mencetuskan persoalan dalam kalangan rakyat di Malaysia kerana negara ini biasanya meraikan 1 Syawal sehari lewat dari Arab Saudi

9:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Arab Saudi akan meraikan 1 Syawal esok selepas anak bulan yang menentukan tarikh itu tidak kelihatan ketika cerapan dilakukan semalam.

Perkara itu diumumkan Mahkamah Agung Arab Saudi, seperti dilaporkan agensi berita rasmi, Saudi Press Agensi menerusi platform X.

“Mahkamah Agung mengisytiharkan esok hari terakhir #Ramadan dan Rabu hari pertama #Aidilfitri,” katanya.

Arab Saudi dijangka menyambut cuti empat hari sempena Aidilfitri.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar turut mengumumkan sambutan Aidilfitri pada hari sama.

Pengumuman dibuat negara berkenaan turut dimaklumkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang kini menunaikan umrah di Makkah.

“Baru diumumkan bahawa 1 Syawal di Makkah dan keseluruhan Arab Saudi jatuh pada Rabu, 10 April, 2024,” katanya menerusi Facebook tengah malam tadi.

Sementara itu, penetapan tarikh itu mencetuskan persoalan dalam kalangan rakyat di Malaysia kerana negara ini akan meraikan 1 Syawal sehari lewat dari Arab Saudi.

Rata-rata menjangkakan Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Khamis, bukan esok seperti telahan awal.

Tarikh Aidilfitri tahun ini akan diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja malam ini.

Penetapan tarikh itu bergantung kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi di seluruh negara, sama ada dapat dilihat atau sebaliknya. – 9 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Restoring Pagar Tras’ legacy: Malaysia’s ‘Notre Dame’ in the jungle

Today, the ruins struggle to tell the story of a bygone era and honour the legacy and sacrifices of French missionaries and Catholic migrants who built their lives around it

Banned Rodrigo Holgado eyes JDT move if FIFA suspension is overturned

Malaysian international Rodrigo Holgado could join Johor Darul Ta'zim (JDT) if the Court of Arbitration for Sport (CAS) rules in his favour, potentially ending his FIFA-imposed suspension and opening a new chapter in his professional career

◉ Related