◉ HEADLINES

Dua lelaki ditahan bakar mercun secara terbuka di Sungai Petani

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani mengesahkan tiada tercetus kebakaran dan tiada kecederaan dialami oleh orang awam

6:36 PM MYT

 

ALOR SETAR – Polis menahan dua lelaki disyaki melakukan pembakaran mercun secara terbuka di tempat awam sehingga berlakunya letupan mercun dan bunga api secara besar-besaran di Dataran Zero berhampiran Bazar Aidilfitri Sungai Petani, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian letupan mercun dan bunga api di lokasi berkenaan daripada seorang Pegawai Kanan Polis dari Balai Polis Sungai Petani kira-kira pukul 12 tengah malam.

“Pegawai itu telah menerima maklumat kejadian daripada aplikasi Whatsapp dalam bentuk video yang berdurasi 43 saat berkaitan letupan mercun dan bunga api di lokasi berkenaan.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati letupan berpunca daripada pembakaran satu unit mercun jenis ‘happy bom firework’ dan semasa letupan berlaku, mercun itu telah terbalik dan tersasar ke arah lambakan mercun lain sehingga menyebabkan mercun dan bunga api terbakar dalam kuantiti yang banyak,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Zaidy berkata letupan itu menyebabkan suasana menjadi cemas, bagaimanapun anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani mengesahkan tiada tercetus kebakaran dan tiada kecederaan dialami oleh orang awam yang berada di sekitar lokasi berkenaan.

“Berikutan itu, polis menahan dua lelaki iaitu pemilik mercun yang berusia 27 tahun dan pembakar mercun berusia 24 tahun untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Seksyen 7(a) Akta Bahan Letupan 1957,” katanya. – 9 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related