◉ HEADLINES

BNM minta dua bank beri penjelasan punca gangguan perkhidmatan perbankan

Kedua-dua bank juga perlu memberikan langkah-langkah pembetulan dan pencegahan yang dilaksanakan bagi mengelakkan isu yang sama berulang

11:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Bank Negara Malaysia (BNM) telah meminta dua bank yang mengalami gangguan perkhidmatan baru-baru ini untuk memberikan penjelasan tentang punca yang menyebabkan insiden gangguan.

Bank pusat dalam kenyataan malam ini berkata kedua-dua bank juga perlu memberikan langkah-langkah pembetulan dan pencegahan yang dilaksanakan bagi mengelakkan isu yang sama berulang.

Menurutnya BNM memandang serius gangguan perkhidmatan perbankan oleh dua institusi perbankan terbesar negara baru-baru ini yang telah mengakibatkan kesulitan pada pelanggan.

“Perkhidmatan perbankan kedua-dua bank ini telah kembali pulih.

“Bank-bank ini juga telah diarahkan untuk berkomunikasi dengan pelanggan yang terjejas termasuk menjawab segera sebarang aduan dan pertanyaan yang disebabkan oleh gangguan tersebut serta memberikan maklumat terkini mengenai perkhidmatan yang terjejas,” katanya.

Bank pusat berkata ia menghendaki semua institusi perbankan untuk memastikan tahap ketersediaan perkhidmatan perbankan yang kukuh pada setiap masa.

“BNM akan mempertimbangkan tindakan penyeliaan atas bank-bank yang tidak memenuhi kehendak pengawalan dan penyeliaan BNM,” katanya.

Pada 4.14 petang 8 April, CIMB Group Holdings Bhd menerusi hantaran dalam akaun X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) berkata bank itu mengalami gangguan perkhidmatan berkala melibatkan CIMB Clicks, CIMB OCTO, FPX, MyDebit, Terminal Kredit dan Layan Diri.

Pada 7.10 malam hari yang sama, bank itu mengumumkan semua perkhidmatannya telah pulih.

Sementara itu, Malayan Banking Bhd (Maybank) dalam akaun Xnya hari ini memaklumkan ia mengalami gangguan yang menjejaskan perkhidmatan kad debit, perbankan dalam talian dan ATM sekitar 9.20 malam 5 April.

Maybank berkata perkhidmatan yang terjejas itu kembali beroperasi seperti biasa secara berperingkat dan pulih sepenuhnya pada 11.34 malam hari yang sama. – 9 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

◉ Related