◉ HEADLINES

Peniaga sayur kerugian hampir RM1 juta diperdaya ‘phone scam’

Mangsa melakukan 70 kali transaksi ke dalam 26 akaun bank berbeza mulai 9 Mei 2023 hingga 11 Mac 2024 tetapi tidak mendapat sebarang bayaran yang dijanjikan

8:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga sayur di Cameron Highlands berputih mata apabila kerugian RM958,088 akibat diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon atau ‘phone scam’ yang menyamar sebagai pegawai bank di Dubai.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa lelaki berusia 69 tahun itu mendakwa menerima panggilan melalui aplikasi Facebook daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai bank terbabit pada 30 Mac tahun lalu.

Menurutnya, suspek didakwa telah memberi tawaran kepada mangsa untuk mengaku sebagai saudara kepada individu yang mendeposit wang sebanyak AS$26,700,000 yang sudah meninggal dunia.

“Mangsa dijanjikan sebanyak 50 peratus daripada tuntutan tersebut sekiranya bersetuju dengan tawaran tersebut.

“Kemudian suspek menyambungkan talian kepada seorang peguam yang menguruskan segala transaksi berhubung bayaran yang dikenakan kepada mangsa seperti cukai, levi, bayaran anti pengubahan wang haram dan sebagainya.

“Susulan itu, mangsa melakukan 70 kali transaksi ke dalam 26 akaun bank berbeza mulai 9 Mei 2023 hingga 11 Mac 2024 tetapi tidak mendapat sebarang bayaran yang dijanjikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati sumber kewangan mangsa adalah daripada duit simpanan sendiri.

Susulan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan meragukan agar segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi berkaitan bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

“Sekiranya diminta untuk memberikan apa-apa maklumat perbankan, jangan dedahkan apa-apa maklumat,” katanya. – 10 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related