◉ HEADLINES

Bodoh! Akmal selar Nga Kor Ming susulan isu boikot

Dr Muhamad Akmal Saleh sebelum ini telah membuat gesaan supaya orang ramai memboikot kedai serbaneka KK Mart susulan isu stoking tertera kalimah Allah

5:25 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini menyelar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming susulan kenyataan bahawa kempen boikot menjejaskan ekonomi negara.

Akmal yang turut melabel menteri dari DAP itu dengan panggilan ‘bodoh’, bertegas menafikan kempen boikot yang dicadangkannya sebagai punca ekonomi negara semakin teruk.

“Jadi kamu nak beritahu yang kempen boikot ni yang jadi punca ekonomi negara teruk ke?

“Dulu zaman Najib Razak kita buat je kempen boikot, tetapi ekonomi tetap naik dengan baik.

“Kepada YB menteri Nga Kor Ming yang kurang bijaksana, ekonomi negara jadi teruk sebab ada menteri yang mcm kamu!!! Bodoh!!,” tulisnya di Facebook hari ini.

Semalam, Nga membuat hantaran di X mengatakan bahawa pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot yang dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Jangan sekali masuk dalam perangkap penghasut, negara kita memerlukan usaha semua pihak untuk membangunkan ekonomi negara, kata Nga.

Beliau turut memuat naik tangkapan skrin daripada laporan media Cina dalam ciapan tersebut.

Semalam, Nga Kor Ming membuat hantaran di X mengatakan bahawa pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot yang dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab – Gambar Scoop, 12 April, 2024

Akmal sebelum ini telah membuat gesaan supaya orang ramai memboikot kedai serbaneka KK Mart susulan isu stoking tertera kalimah Allah.

Beliau juga dipanggil untuk disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada 5 April lalu.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1958 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung ucapan dan tindakannya mengenai isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di kedai serbaneka KK Mart.

Meskipun berdepan siasatan, Akmal menegaskan beliau bersedia untuk berdepan dengan tindakan undang-undang di mahkamah susulan tindakannya mengajak umat Islam terus memboikot kedai serbaneka KK Mart. – 12 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related