◉ HEADLINES

Dakwaan Anwar masukkan wang royalti Kelantan, Terengganu ke akaun PKR amat jijik: Fahmi

Fahmi berkata, beliau sudah mengarahkan supaya laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dibuat segera

12:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan dakwaan wang royalti Kelantan dan Terengganu tidak sampai ke negeri berkenaan kerana diambil Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dimasukkan ke akaun parti itu, sebagai tuduhan amat jijik.

Beliau berkata, dakwaan tular membabitkan Anwar yang juga Presiden PKR dengan mengaitkan jumlah wang berbilion ringgit dimuat naik akaun Facebook Jabatan Netizen Negara (Official) itu juga adalah fitnah.

“Ini fitnah jahat dan tuduhan yang amat jijik.

“PKR menerbitkan akaun setiap kali kongres (parti) diadakan dan akaun tersebut diaudit juruaudit bertauliah,” katanya.

Justeru fitnah itu, Fahmi berkata, beliau sudah mengarahkan supaya laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dibuat segera.

“Saya sudah mengarahkan supaya laporan polis dan aduan MCMC dibuat segera terhadap individu yang menyebar fitnah jahat ini,” katanya yang juga Ketua Penerangan PKR. – 13 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related