◉ HEADLINES

Saya perlukan tujuh peguam wakili saya: Suspek kes tembakan di KLIA

Lelaki berusia 38 tahun itu berkata demikian ketika dalam perjalanan keluar selepas Mahkamah Majistret memerintah suspek ditahan reman selama tujuh hari

12:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hafizul Harawi, suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi Ahad lalu mendakwa mahu mendapatkan khidmat tujuh peguam untuk mewakilinya.

“Saya perlukan tujuh orang peguam untuk mewakili saya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Lelaki berusia 38 tahun itu berkata demikian ketika dalam perjalanan keluar selepas Mahkamah Majistret memerintah suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin ini.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap tiba di Mahkamah Kota Bharu pada jam 8.30 pagi dengan diiringi empat pegawai termasuk anggota polis.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin ini untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Sebelum itu, suspek yang berbaju lokap berwarna ungu dibawa dengan menggunakan kenderaan black maria dan tiba di pekarangan mahkamah pada jam 8.25 pagi.

Suspek dikawal ketat sepasukan polis dari Cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Dia kemudian sekali lagi diiringi pihak polis keluar meninggalkan pekarangan mahkamah terbabit pada jam 9.45 pagi selepas selesai proses mengambil reman.

Selepas 36 jam melarikan diri, Hafizul ditahan kira-kira jam 3 petang semalam di hadapan sebuah hospital swasta di Jalan Bayam oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.

Scoop sebelum ini melaporkan, seorang pengawal peribadi parah selepas terkena tembakan dilepaskan suspek terbabit.

Berdasarkan siasatan, suspek sebenarnya ingin menembak isterinya yang dikenali sebagai Ustazah Farah Cie yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di KLIA, sebelum peluru dilepaskannya tersasar dan terkena pengawal peribadi terbabit.

Menurutnya, suspek melepaskan tembakan sebanyak dua kali sebelum satu daripada peluru itu terkena seorang pengawal peribadi. – 16 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

◉ Related