◉ HEADLINES

Banjir kilat: Laluan sekitar Lembah Klang sesak, ada jalan ditutup

Pengguna kenderaan dari Jalan Meru ke Klang dinasihatkan mengubah laluan, dengan menggunakan jalan alternatif

9:45 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beberapa laluan sekitar Lembah Klang mengalami kesesakan dan menyaksikan jalan ditutup pagi ini, susulan banjir kilat yang melanda sejak malam tadi.

Menerusi maklumat media dan KLCCC DBKL dikongsikan di Facebook, penutupan penuh laluan dibuat di Jalan Kuching dari Bulatan Segambut menghala ke utara.

Sebuah kereta dilaporkan rosak di susur Parlimen menghala ke Jalan Damansara di Lebuhraya Sultan Iskandar, menyebabkan lorong kanan terhalang, dengan kawasan itu masih hujan dan air bertakung.

KLCCC DBKL memaklumkan, laluan yang turut berdepan kesesakan adalah Jalan Klang Lama/Jalan Syed Putra, dengan trafik sesak dari Scott Garden ke Sekolah Menengah Kuen Cheng, Jalan Genting Klang (dari Balai Polis Setapak ke Bulatan Pahang, Jalan Istana (dari Jalan Istana ke Muzium Negara), Jalan Kinabalu (dari Loke Yew (VIVA)) ke Masjid Negara, Bulatan Batu Caves ke Bulatan Kepong serta dari Wisma Mah Sing ke TRX.

Trafik dilaporkan sangat perlahan dari Masjid Negara ke Loke Yew (VIVA) Jalan Kuching, dari Bulatan Dato Onn ke Bulatan Segambut Jalan Sg Besi serta TRX ke Wisma Mah Sing Jalan Tun Razak.

Selain itu, sesak dari Institut Jantung Negara (IJN) ke Bulatan Pahang, Kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke RHB, RHB ke Kedutaan AS, Bulatan Pahang ke IJN, lebuh raya KL-Seremban, Lebuhraya Mahameru serta Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2).

Menerusi perkongsian orang ramai di media sosial, pengguna Jalan Meru menghala ke Klang dinasihatkan mengubah laluan dengan menggunakan jalan alternatif.

“Jalan Meru menghala ke Klang, depan Shell dan depan Tong Tayar air dah menyeberangi jalan raya.

“Jalan Meru hala ke Setia Alam air dah naik di selekoh biasa (memang dalam), lebih baik ubah laluan, Jalan Meru ke tol lebuh raya Shapadu juga banjir di selekoh,” katanya. – 17 April, 2024.

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related