◉ HEADLINES

Pembatalan PJD Link: Pembayar cukai tanggung pampasan RM20 juta?

Jumlah akhir tuntutan itu juga boleh melonjak lebih RM100 juta kerana syarikat konsesi projek berkenaan sudah menanggung kos sejak 2016

6:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pembatalan projek Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link) akan menyebabkan pembayar cukai mungkin menanggung kos pampasan melebihi RM20 juta.

Sumber rapat memberitahu Scoop bahawa jumlah akhir tuntutan itu juga boleh melonjak kepada lebih RM100 juta kerana syarikat konsesi projek berkenaan sudah menanggung kos untuk pelbagai kajian kebolehlaksanaan dan kelulusan sejak 2016.

Kabinet pada Rabu memutuskan untuk membatalkan projek lebuh raya itu kerana bantahan kuat daripada kejiranan berpengaruh di Petaling Jaya berhubung pembinaan itu.

Bagaimanapun, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, terdapat sokongan terhadap projek itu dari komuniti berhampiran di Taman Medan, Kinrara, Kampung Kayu Ara dan Kampung Melayu di Petaling Jaya.

Kumpulan usahawan, termasuk kontraktor Bumiputera turut menyuarakan sokongan terhadap projek bernilai RM4.4 bilion itu yang dianggarkan bakal mewujudkan kira-kira 12,000 peluang pekerjaan.

“Hujah untuk mendapatkan pampasan lebih tinggi bagi PJD Link Sdn Bhd adalah munasabah, memandangkan syarikat itu sudah memperoleh persetujuan untuk mendapatkan kelulusan akhir daripada pihak berkuasa,” kata sumber itu.

Beliau merujuk kepada Kajian Impak Alam Sekitar (EIA), Kajian Kesan Lalulintas (TIA) dan Kajian Penilaian Impak Sosial (SIA) yang memberi lampu hijau untuk projek lebuh raya bertingkat itu diteruskan.

Kabinet sebelum ini memutuskan kontraktor tidak memenuhi enam daripada 11 syarat.

Sebagai respon, PJD Link Sdn Bhd berkata, ia disebabkan Conditions Precedent (CP) yang mengambil masa lebih lama dari tempoh dijangkakan, susulan kerumitan projek.

Sementara itu, sumber lain berkata, tuntutan untuk mendapatkan pampasan itu adalah kukuh kerana ia adalah projek kerajaan yang dimiliki Kementerian Kerja Raya.

Dorongan utama untuk membangunkan projek itu adalah bagi mengurangkan kesesakan di Petaling Jaya melalui sambungan bertingkat antara Kinrara dan Damansara Utama.

“Keperluan untuk sambungan ini masih ada,” tambah sumber itu.

Kerajaan Selangor pada mulanya meminta PJD Link Sdn Bhd mengkaji semula jajaran bagi memastikan mereka yang menentang projek terbabit, berpuas hati dengan pembinaan lebuh raya berkenaan.

PJD Link Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, pihaknya percaya lebuh raya itu adalah projek berdaya maju dengan memberi manfaat sosioekonomi jangka panjang.

Tahun lalu, ia menandatangani perjanjian dengan MCC Overseas (M) Sdn Bhd untuk pembiayaan projek dengan jumlah RM922 juta.

“Ini adalah projek yang sepatutnya dibiayai sepenuhnya pihak swasta. Dengan pembatalan itu, pembayar cukai akan menanggung kos untuk membayar pampasan kepada kontraktor,” kata sumber itu. – 19 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related