◉ HEADLINES

Keluarga minta jenazah Tun Hanif Omar dikebumi di Bukit Kiara

Perkara itu disahkan polis yang memaklumkan pemilihan lokasi pengebumian adalah atas permintaan keluarga Allahyarham

2:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jenazah bekas Ketua Polis Negara, Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini.

Perkara itu disahkan polis yang memaklumkan pemilihan lokasi pengebumian adalah atas permintaan keluarga Allahyarham.

Terdahulu, jenazah dimaklumkan akan dikebumi di Makam Pahlawan.

Jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara sebaik selesai solat jenazah selepas Zohor di Masjid Negara yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Sementara itu anak Allahyarham, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar ketika ditemui di Masjid Negara, menyifatkan ayahnya seorang individu tegas dan berprinsip.

Katanya, Allahyarham adalah sosok yang tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan dan ketenteraman awam.

“Ketika arwah ayah menjadi Ketua Polis Negara, jelas terserlah ketegasannya, ‘no nonsense’ malah sentiasa ambil berat mengenai pegawai dan anggota bawahan,” katanya.

Mengimbau kenangan bersama Allahyarham Tun Mohammed Hanif, Abdul Rahmat berkata, dia pernah beberapa kali mengikut ayahnya bertugas termasuk dalam menyantuni anggota bawahan.

“Pernah ikut ayah, bila lihat dia sembang dengan anggota untuk tahu masalah mereka dan pandangan.

“Ini rutin kebiasaan untuk dia dan setiap permasalahan itu akan dibawa dan dibincang bersama pengarah lain dalam pasukan polis, bagi meningkatkan prestasi pasukan,” katanya.

Allahyarham Tun Mohammed Hanif, 85, adalah Ketua Polis Negara Ke-4 dan memegang jawatan berkenaan paling lama, iaitu dari tahun 1974 sebelum bersara secara rasmi pada 16 Januari 1994.

Menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Shah Alam, Selangor pada jam 2.15 pagi tadi, Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima anak. – 20 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related