◉ HEADLINES

Penduduk Taman Medan hantar memorandum kepada PM, rayu teruskan pembinaan PJD Link

Memorandum itu akan diserahkan pada Rabu ini susulan keputusan kerajaan membatalkan pembinaan PJD Link seperti diumumkan minggu lepas

4:46 PM MYT

 

PETALING JAYA – Penduduk Taman Medan akan menyerahkan memorandum rayuan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya projek pembinaan lebuh raya Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD Link) diteruskan demi kesejahteraan warga setempat.

Wakil penduduk, Mohd Razali Abdullah berkata, memorandum itu akan diserahkan pada Rabu ini susulan keputusan kerajaan membatalkan pembinaan PJD Link seperti diumumkan pada 17 April lalu.

“Kami akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri supaya projek ini diteruskan demi kepentingan penduduk di Taman Medan.

“Kawasan ini (Taman Medan) memang padat dengan penduduk dan jalannya sentiasa sesak pada waktu puncak, lebih-lebih lagi dengan penduduk dari Shah Alam dan Puchong yang turut melalui jalan di sini untuk ke Kuala Lumpur.

“Jadi, kami merayu supaya projek ini diteruskan sebab kami fikirkan jangka panjang. Projek pembangunan rumah makin bertambah, tetapi infrastruktur jalan pula tidak ada, sekali gus menyebabkan kesesakan yang amat teruk,” katanya pada majlis sidang media menuntut kerajaan mengkaji semula keputusan pembatalan PJD Link di sini hari ini.

Menurut Razali, keputusan kerajaan itu dilihat tidak selari dengan majoriti 60% penduduk Petaling Jaya yang mahukan PJD Link diteruskan.

Katanya, berdasarkan hasil kajian yang dilakukan pihak pemaju, masyarakat sekitar mahu ia segera dilaksanakan bagi membendung masalah kesesakan lalu lintas termasuk laluan di hadapan kawasan perumahan penduduk turut dijadikan sebagai jalan pintas oleh orang luar yang menjadi penyumbang kepada permasalahan itu.

“Masalah kesesakan teruk ini bukan baru, dah lama, lebih 10 tahun kami lalui. Sampai bila kami nak berdepan dengan perkara ini?

“Bayangkan, nak hantar anak pergi ke sekolah berdekatan pun makan masa sehingga satu jam untuk ke sana.

“Menerusi hasil tinjauan yang dibuat pihak pemaju, 60% penduduk bersetuju sebab ini merupakan satu-satunya jalan penyelesaian kepada masalah kesesakan ini. Memang tiada jalan alternatif lain lagi. Kami minta perkara ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak,” katanya.

Mohd Razali Abdullah (tengah) berkata, penduduk Taman Medan amat memerlukan lebuh raya tersebut kerana jalan di sana sentiasa sesak pada waktu puncak, apatah lagi ramai menjadikan kawasan mereka sebagai laluan pintas dari Shah Alam ke Kuala Lumpur. – Riduan Ahmad/Scoop, 22 April, 2024

Pada 17 April lalu, Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, keputusan pembatalan projek itu dibuat selepas pemegang konsesinya gagal memenuhi enam daripada 11 syarat yang ditetapkan.

Berdasarkan perancangan, lebuh raya terbabit akan menghubungkan bahagian utara dan selatan Petaling Jaya menerusi Petaling Jaya Utara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Taman Dato’ Harun, Taman Medan Baru, Taman Sri Manja, Bandar Kinrara dan Bukit Jalil Technology Park. – 22 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Harimau Malaya likely to lose seven players permanently despite CAS ruling: AFC

It says eligibility falsification case may trigger further disciplinary review after CAS upholds 12-month ban

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

◉ Related