◉ HEADLINES

Kes tembak KLIA: Hafizul akan didakwa di Kota Bharu, Kelantan esok

Ketua Polis Kelantan enggan dedahkan suspek akan dituduh di bawah peruntukan apa namun Hafizul sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971

9:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suspek yang melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 April lalu akan dihadapkan ke Mahkamah Kota Bharu, Kelantan, esok.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, Hafizul Harawi, 38, akan berdepan pertuduhan selepas ditahan di depan sebuah hospital swasta oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan pada jam 3 petang, 15 April lalu.

Katanya, suspek ditahan berserta rampasan pistol dan peluru.

“Esok (suspek) akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu untuk dituduh,” katanya.

Beliau enggan mendedahkan suspek akan dituduh di bawah peruntukan apa namun Hafizul sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

“Biar Pejabat Peguam Negara (DPP) baca (pertuduhan) esok, itu yang sahih,” katanya.

Beliau memberitahu, suspek kemudiannya akan dibawa ke Mahkamah Sepang, Selangor untuk pertuduhan lain.

Scoop sebelum ini melaporkan, seorang pengawal peribadi parah selepas terkena tembakan dilepaskan suspek terbabit.

Berdasarkan siasatan, suspek sebenarnya ingin menembak isterinya yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di KLIA, sebelum peluru dilepaskannya tersasar dan terkena pengawal peribadi terbabit.

Suspek melepaskan tembakan sebanyak dua kali sebelum satu daripada peluru itu terkena seorang pengawal peribadi. – 23 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related