◉ HEADLINES

Suspek lepas tembakan di KLIA tiba di Mahkamah Kota Bharu untuk pendakwaan

Mengenakan pakaian lokap dengan t-shirt hitam, suspek yang dilaporkan tiba pada kira-kira jam 8.45 pagi, dikawal ketat polis

9:17 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suspek kes tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 April lalu, Hafizul Harawi tiba di Mahkamah Kota Bharu, Kelantan pagi ini untuk didakwa.

Mengenakan pakaian lokap, suspek yang dilaporkan tiba pada kira-kira jam 8.45 pagi, dikawal ketat beberapa anggota polis.

Semalam, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, Hafizul akan berdepan pertuduhan di mahkamah berkenaan, namun beliau enggan mendedahkan suspek dituduh di bawah peruntukan apa.

“Esok (suspek) akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu untuk dituduh. Biar Pejabat Peguam Negara (DPP) baca (pertuduhan) esok (hari ini), itu yang sahih,” katanya.

Namun Hafizul sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Zaki memberitahu, suspek kemudian akan dibawa ke Mahkamah Sepang, Selangor untuk pertuduhan lain.

Scoop sebelum ini melaporkan, seorang pengawal peribadi parah selepas terkena tembakan dilepaskan Hafizul.

Berdasarkan siasatan, suspek sebenarnya ingin menembak isterinya yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di KLIA, sebelum peluru dilepaskannya itu tersasar dan terkena pengawal peribadi terbabit.

Suspek melepaskan tembakan sebanyak dua kali sebelum satu daripada peluru itu terkena seorang pengawal peribadi.

Justeru, Zaki berkata, bertindak atas maklumat, suspek ditahan sepasukan polis dari Cawangan (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada 15 April lalu, jam 2 petang di hadapan pekarangan sebuah pusat perubatan swasta di Kota Bharu, selain pistol dan peluru dimiliknya dirampas.

Dia kemudian dilapor ditahan reman seminggu bermula 16 April hingga 22 April lalu, sebelum ia disambung lima hari. – 24 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related