◉ HEADLINES

Nahas Lumut: Hargai jasa anak negeri, Perak hulur sumbangan kepada waris mangsa

Menurut Sivanesan, bentuk sumbangan akan dikaji itu termasuk bantuan pendidikan kepada anak mangsa

12:52 PM MYT

 

IPOH – Kerajaan Perak akan memberikan sumbangan kepada waris tiga mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut semalam yang berasal dari negeri berkenaan.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan berkata, perincian bentuk sumbangan yang akan disalurkan kepada tiga waris mangsa itu, bakal ditentukan minggu depan.

Katanya, penentuan itu akan dibuat menerusi perbincangan dalam mesyuarat exco bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

“Saya dapat maklumat tiga anggota yang terkorban adalah berasal dari Perak.

“Kita akan bincang dalam (mesyuarat) exco minggu depan apabila Menteri Besar (Perak) dah balik (lawatan kerja luar negara).

“Kita akan mengambil satu keputusan apakah jenis bantuan akan dihulurkan daripada kerajaan Perak untuk ketiga-tiga keluarga mangsa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, hari ini.

Tiga mangsa dari Perak itu ialah Leftenan Sivasutan Thanjappan dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi yang berasal dari Sitiawan serta Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy (Selama).

Menurut Sivanesan, bentuk sumbangan akan dikaji itu termasuk bantuan pendidikan kepada anak mangsa.

“Kita kena berbincang dengan waris dan anak-anak yang kehilangan ibu bapa, kita akan bantu dari segi pendidikan,” katanya. – 24 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related