◉ HEADLINES

Pemilik, pembantu rumah kebajikan ditahan disyaki pukul warga emas

Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan mangsa sering mendatangkan masalah kerana nyanyuk

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan pemilik sebuah rumah kebajikan orang tua di Taman Desa Aman dekat Kulim, Kedah dan pembantunya kerana disyaki memukul seorang lelaki warga emas yang menghuni rumah terbabit dengan kayu, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita pada jam 3.50 petang semalam.

“Kami menerima aduan berkenaan seorang penghuni warga emas dipukul mengunakan kayu. Terdapat empat rakaman video yang tular di media sosial.

“Susulan itu, pemilik rumah kebajikan tersebut yang berusia 44 tahun dan pembantu wanita berusia 36 tahun ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan mangsa sering mendatangkan masalah kerana nyanyuk.

Katanya, pihak polis masih menyiasat jika terdapat mangsa lain yang turut dipukul di rumah kebajikan berkenaan.

“Kedua-dua individu itu direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 27 April.

“Kes disiasat mengikut 324 Kanun Keseksaan dan jika disebabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Azizul turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu kerana siasatan mash diteruskan.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan jenayah boleh disalurkan terus kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, tular video memaparkan seorang lelaki warga emas yang menghuni sebuah pusat jagaan di Kulim, Kedah, dipukul seorang wanita yang juga pembantu di rumah terbabit.

Dalam video itu, wanita terbabit dilihat menjerit ke arah mangsa sebelum mengasarinya berulang kali.

Wanita terbabit juga dilihat seolah-olah mahu membaling kerusi ke arah mangsa sebelum meletakkan kembali kerusi berkenaan.

Turut kedengaran dalam video itu suara mangsa meronta kesakitan. – 25 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related