◉ HEADLINES

Calon PN enggan ulas dakwaan ‘cukup hebat’ dalam pendidikan, ‘mahu fokus PRK’

Ia susulan timbul tanda tanya bagaimana kelulusannya berjaya diperolehi menerusi proses pengajian yang singkat

1:39 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Isu mengenai kelulusan akademik calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut kini hangat diperkatakan namun beliau memutuskan untuk tidak menjawab mengenainya sebaliknya mahu memfokus kepada pilihan raya Kecil Kuala Kubu Baharu itu.

Meskipun diasak oleh wartawan namun Khairul yang juga pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor memilih untuk tidak memperkatakan mengenainya.

“Saya tidak mahu komen, saya mahu fokus lawan (calon-calon lain) dengan cara yang adil,” katanya.
Isu tersebut kini menjadi bahan bualan dengan netizen menyindir beliau sebagai ‘cukup hebat’ apabila memperoleh diploma dan ijazah sarjana dua tahun selepas itu.

Berdasarkan biodata yang dikeluarkan PN, Khairul mengambil Diploma Eksekutif Pengurusan dari Universiti Malaya pada 2019 dan kemudiannya memperoleh ijazah sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan pada 2021 di Universiti Malaysia Pahang.

Ia sekali gus menimbulkan tanda tanya bagaimana kelulusan itu berjaya diperolehi menerusi proses pengajian yang singkat.

Sementara itu, Pengerusi PN Selangor merangkap Pengarah Pilihan Raya Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kelulusan Khairul itu bukan perkara yang dinafikan memandangkan calon PN itu sememangnya mengikuti semua program pengajian terbabit. 

“Kelulusan itu bukan perkara yang beliau nafikan, kerana memang beliau mengikuti kursus-kursus yang berkenaan. 

“Soal sama ada diiktiraf oleh kementerian (Kementerian Pengajian Tinggi) itu bukan menjadi pertimbangan mana-mana pelajar ataupun mereka yang mengambil kursus itu. 

“Bagi mereka yang sudah ada pengalaman berkerja biasanya dia akan mengambil tempoh kursus eksekutif dalam tempoh yang singkat untuk memberi tumpuan dalam bidang tertentu,” katanya.

PRK DUN Kuala Kubu Bharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Bebas dengan Khairul Azhari mewakili PN.

PH meletakkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang Sock Tao manakala PRM diwakili Hafizah Zainuddin, manakala Nyau Ke Xin bertanding atas tiket Bebas. – 27 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Daylight heist at Brickfields: Armed gang storms jewellery shop, escapes in minutes

Guard assaulted as masked gang strikes mid-morning, fleeing with valuables in a tightly coordinated raid within minutes

◉ Related