◉ HEADLINES

Akta Laut Wilayah masih sah dan terpakai termasuk di Terengganu: PMO

Terengganu dilaporkan telah menolak Akta 750 yang mengehadkan sempadan maritim negeri sehingga tiga batu nautika

4:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya, melainkan ia diisytiharkan sebaliknya oleh mahkamah.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan hari ini menegaskan, adalah menjadi pendirian Kerajaan Persekutuan bahawa Akta 750 telah dibuat dan diluluskan oleh Parlimen secara sah di sisi Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk memastikan hak kedaulatan Malaysia termasuk perairan Malaysia sentiasa dilindungi,” menurut kenyataan itu bagi mengulas beberapa laporan akhbar, yang menyatakan DUN Terengganu telah menolak pemakaian Akta 750.

Kenyataan itu memaklumkan tujuan Akta 750 digubal adalah bagi mengadakan peruntukan mengenai laut wilayah Malaysia dan memelihara keutuhan sempadan wilayah dan hak kedaulatan Malaysia, serta bagi menjamin keutuhan keselamatan dan integriti wilayah.

Menurut kenyataan itu penggubalan akta tersebut juga adalah bagi memenuhi obligasi Malaysia di bawah Konvensyen Undang-undang Laut 1982 (UNCLOS).

“Selaras dengan nilai-nilai Malaysia MADANI, sekali lagi dinyatakan di sini bahawa Kerajaan Persekutuan sentiasa memberikan peruntukan pembangunan kepada semua negeri termasuk Terengganu,” menurut kenyataan itu.

Khamis lepas, Terengganu dilaporkan telah menolak Akta 750 yang mengehadkan sempadan maritim negeri sehingga tiga batu nautika, iaitu 5.5 kilometer dari kawasan pantai.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata sidang DUN menolak Akta Laut Wilayah 2012, kerana ia membataskan hak negeri menerokai sumber dan hasil melalui sempadan maritim negeri sekadar tiga batu nautika (5.5 kilometer) dari garis air surut wilayah Terengganu. – 27 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

◉ Related