◉ HEADLINES

Belum gaji punca Jualan Rahmah kurang dapat sambutan

Adun Duyong kongsi keadaan jualan yang tidak ramai dikunjungi biarpun harga barangan keperluan asas dijual pada harga murah

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Masih belum gaji.

Itu mungkin menjadi faktor utama kenapa Jualan Ihsan Rahmah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Melaka kurang mendapat sambutan pagi tadi.

Bercakap kepada Scoop, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, walaupun pada awalnya kurang mendapat sambutan, namun banyak barangan keperluan asas laris terjual kira-kira jam 12 tengah hari.

“Kebanyakan masih belum gaji dan jualan yang sama juga baru dibuat pada 24 April lalu di kawasan sekitar Duyong.

“Namun begitu, dalam jam 12 tengah hari banyak juga barangan habis dijual seperti beras, minyak masak dan telur.

“Selepas ini, mungkin saya akan cuba cari satu tarikh yang ikut kesesuaian gaji penjawat awam dan swasta serta kekosongan tarikh daripada penganjur KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup),” katanya.

Biarpun awalnya kurang mendapat sambutan, banyak barangan keperluan asas laris seperti beras, minyak masak dan telur lari terjual dalam jam 12 tengah hari. – Gambar Facebook Mohd. Noor Helmy, 27 April, 2024

Terdahulu menerusi laman Facebook miliknya, Noor Helmy berkongsi mengenai Jualan Rahmah Duyong bagi edisi kali ini kurang mendapat sambutan daripada penduduk sekitar.

“Minta bantuan, buat pertama kali Jualan Rahmah Duyong slow (tak ramai) orang datang ini.

“Beras Super Import 5kg (kilogram) dijual RM14 dan telur gred C dijual RM9, harga ini pun tak laku.

“Berat ni, orang tiada duit atau memang stok banyak lagi di rumah. Lokasi tapak parkir Masjid Laksamana Hang Tuah, Duyong,” katanya yang turut mengepilkan gambar menunjukkan suasana pada ketika itu.

Sebanyak 24 barangan keperluan harian dijual pada potongan harga sehingga 30% menerusi Program Jualan Ihsan Rahmah Tahun Melawat Melaka 2024 yang diadakan pada setiap 24 hari bulan, tahun ini. – Gambar Facebook Mohd. Noor Helmy, 27 April, 2024

Sebanyak 24 barangan keperluan harian dijual pada potongan harga sehingga 30% menerusi Program Jualan Ihsan Rahmah Tahun Melawat Melaka 2024 yang diadakan setiap 24 hari bulan, sepanjang tahun ini.

Melaka menjadi negeri pertama diperkenalkan program berkenaan yang dikelolakan KPDN.

Selain beras, minyak masak dan telur, antara barangan lain yang dijual ialah tepung gandum, buah-buahan, sayur-sayuran, kicap dan lain-lain. – 27 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related