◉ HEADLINES

Stoking tertera kalimah ‘Allah’: KK Mart, pengarah akan fail surat representasi kepada AGC

Defendan belum putuskan sama ada akan meminta pertuduhan digugur, dipinda

1:57 PM MYT

 

SHAH ALAM – KK Supermart & Superstore Sdn Bhd bersama pengasas dan pengarah eksekutifnya akan mengemukakan surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Peguamnya, Datuk Rajpal Singh memberitahu hakim mahkamah sesyen, Muhamad Anas Mahadzir mengenai perkara itu semasa sebutan kes pagi ini.

Individu dituduh dalam kes jenayah biasanya akan menghantar surat representasi kepada AGC, bagi memohon semakan semula pertuduhannya dengan tujuan untuk mengurangkan atau membatalkannya.

Selepas itu, Rajpal memberitahu media bahawa beliau sudah menerima arahan daripada anak guamnya untuk mengemukakan surat tersebut.

“Bagaimanapun, surat itu akan dikemukakan selepas kami menerima dan mengkaji dokumen daripada pihak pendakwaan yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap anak guam saya.

“Kami perlu menganalisis dokumen ini terlebih dahulu untuk menentukan kandungan surat representasi. Kami akan memutuskan sama ada untuk meminta pertuduhan dibatalkan atau diubah atau mencari pertuduhan alternatif.

“Pada masa ini, kami masih tidak pasti mengenai kandungan surat representasi,” tambahnya.

Rajpal mewakili rangkaian kedai runcit serta pengasas dan pengarah eksekutifnya, Datuk Seri Chai Kee Kan dan isteri ahli perniagaan itu, Datin Seri Loh Siew Mui dalam perbicaraan hari ini.

Pada 26 Mac, Kee Kan dan Siew Mui dituduh di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana sengaja melukakan perasaan keagamaan orang Islam, dengan memaparkan stoking bertulis ‘Allah’ di rak jualan di satu daripada cawangan premis mereka.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di cawangan premis itu di Sunway pada 13 Mac, kira-kira jam 6.30 pagi.

Kee Kan juga menghadapi pertuduhan berasingan atas kesalahan sama mengikut peruntukan undang-undang sebagai wakil KK Supermart & Superstore.

Pasangan suami isteri itu serta rangkaian perniagaan mereka berdepan hukuman penjara maksimum satu tahun, denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 10 Jun depan untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan bagi pendakwaan memberitahu mahkamah keputusan AGC mengenai surat representasi itu.

Sementara itu, dalam prosiding hari ini, mahkamah membenarkan kes Kee Kan, Siew Mui dan KK Mart didengar bersama kes jenayah Xin Jian Chang Sdn Bhd dan pengarahnya.

Xin Jian Chang adalah syarikat yang membekalkan stoking terbabit kepada KK Supermart & Superstore.

Syarikat dan beberapa pengarahnya, iaitu Soh Chin Huat, 61; Goh Li Huay, 62 dan Soh Hui San, 36, juga dituduh pada 26 Mac dengan bersubahat bersama KK Mart secara sengaja melukakan perasaan keagamaan orang Islam menerusi tindakan memaparkan stoking itu di rak jualan.

Hui San yang mewakili syarikat, menghadapi pertuduhan tambahan atas kesalahan sama.

Kesalahan mereka ditetapkan di bawah Seksyen 109, bersamaan dengan Seksyen 298, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada 26 Mac, semua lima tertuduh dan dua syarikat itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dihadapi mereka, sebelum masing-masing dikenakan jaminan RM10,000. – 29 April 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related