◉ HEADLINES

Sanusi sahut cabaran mahu realisasi The Greater Kedah

Pelan Pembangunan Kedah 2035 (Kedah 2035) diperkenalkan kerajaan negeri sebelum ini, giat dijalankan dengan harapan semua daerah bergerak maju seiringan

7:00 PM MYT

 

SHAH ALAM – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mahu membuktikan pembangunan negeri pimpinannya mampu menjadi The Greater Kedah, sekali gus menyahut cabaran dilontarkan pemimpin politik.

Menteri Besar Kedah itu turut memberi jaminan barisan exco kerajaannya akan bekerja sehabis baik bagi memastikan negeri Jelapang Padi berkenaan maju setanding dengan negeri membangun lain.

Katanya, Pelan Pembangunan Kedah 2035 (Kedah 2035) diperkenalkan kerajaan negeri sebelum ini, giat dijalankan dengan harapan semua daerah bergerak maju seiringan.

“Insya-Allah pada 4 Mei ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan datang ke Kedah bagi menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Madani di sini.

“Sebelum ke majlis itu, beliau akan datang ke Wisma Darul Aman untuk berjumpa saya. Dalam perjumpaan itu nanti, saya akan bentangkan kepada beliau pelan pembangunan kerajaan negeri rancang untuk dilaksanakan.

“Dengan sokongan anak negeri ini, Kedah akan muncul sebagai The Greater Kedah (yang mana) jadi tempat orang miskin berteduh dan tempat orang kaya menabur bakti,” katanya.

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama antara anak jati Kedah yang menetap di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Anak Kedah Di Perantauan hari ini – Azim Rahman/Scoop, 1 Mei, 2024

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Anak Kedah Di Perantauan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Majlis rumah terbuka itu dihadiri kira-kira 1,000 anak jati Kedah yang menetap di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail secara sinis mahu Sanusi memberikan perhatian sepenuhnya membangunkan Greater Kedah.

Untuk rekod, Kedah kini berada di tangga ketiga teratas dalam senarai pelaburan negeri selepas Kuala Lumpur dan Selangor.

Menurut Sanusi, Kedah berjaya mengekalkan prestasi memberansangkan dengan keseluruhan pelaburan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama (primer) berjumlah RM14.6 bilion pada tahun lalu.

Dalam pada itu, Sanusi turut mengumumkan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Himpunan Anak Kedah di Perantauan (Handal) ditubuhkan kerajaan negeri, bertujuan menyatukan rakyat Kedah yang bekerja di negeri lain untuk berbakti memberi sumbangan kewangan dan tenaga untuk pembangunan Kedah.

Ujarnya, kepakaran kebanyakan rakyat Kedah yang menabur bakti di tempat lain, terutama di Lembah Klang ditagih agar dapat sama-sama menyumbang kepada negeri kelahiran mereka.

“Kewangan kerajaan negeri tidak banyak tapi saya yakin dengan bantuan diberikan anak Kedah, negeri ini boleh maju selaras dengan gagasan The Greater Kedah yang saya perkenalkan sebelum ini.

“Datanglah apa sahaja latar belakang pemikiran politik kalian, demi rakyat (Kedah) marilah bersama-sama kita bangunkan tanah ini. Bangunkan tanah kita bersama-sama.

“Justeru, saya mengajak anak Kedah untuk menjadi ahli Handal supaya gagasan The Greater Kedah dapat direalisasikan,” katanya. – 1 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related