◉ HEADLINES

Warga emas terkejut temui al-Quran terselamat dalam kebakaran

Al-Quran itu ditemukan di bawah timbunan barangan yang hangus ketika Ibnu Dammang kembali ke tapak rumahnya

8:13 PM MYT

 


SANDAKAN – Seorang warga emas terkejut selepas menemukan senaskah al-Quran masih elok meskipun seluruh rumahnya hangus dalam kebakaran di perkampungan setinggan, Kampung Mangkalinau Parit, di sini, semalam.

Ibnu Dammang, 70, ketika ditemui Scoop berkata, dia menemukan al-Quran itu di bawah timbunan barangan yang hangus, ketika dia kembali ke tapak rumahnya itu.

Sambil melahirkan kekagumannya, Ibnu bagaimanapun berkata, kitab suci itu akan diserahkan kepada Masjid An-Nur untuk dilupuskan kerana ia tidak boleh digunakan lagi.

“Semua sudah musnah terbakar…kecuali ini,’’ katanya sambil menunjukkan keadaan kitab suci itu, yang kelihatan 30% terbakar.

Ibnu turut memberitahu, dia dan 16 ahli keluarganya dipindahkan ke dewan PPR Taman Harmoni buat sementara waktu namun dengan menggunakan bas, dia kembali semula ke tapak rumahnya dengan harapan dapat mencari barangan berharga yang mungkin terselamat.

Ibnu adalah antara 146 penduduk Kg Mangkalinau Parit atau Kampung Batu 3 Sentosa Jaya, yang tinggal sehelai sepinggang selepas kebakaran pada jam 4 petang itu memusnahkan 22 rumah.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan yang dilaporkan dari kejadian tersebut.

Mengulas lanjut, Ibnu sedih kerana anak-anak dan cucunya kehilangan tempat tinggal namun penemuan Al-Quran yang masih elok itu membuatkan dia sangat bersyukur.

Disebabkan api merebak terlalu pantas, semua buku-buku agama dan al-Quran di Masjid An-Nur diletakkan di tempat jenazah. – Gambar Scoop, 2 Mei, 2024

“Ya, kami kehilangan semuanya tetapi rumah boleh dibina, barang boleh dibeli dan duit boleh dicari namun nyawa, tidak dapat. Saya cuma bersyukur semua orang selamat,” katanya.

Tambahnya, ketika kebakaran penduduk turut bekerjasama menyelamatkan barang-barang berharga di dalam Masjid An-Nur, namun sebahagian masjid itu terbakar.

Sebahagian daripada Masjid An-Nur terbakar, manakala 146 penduduk Kg Mangkalinau Parit atau Kampung Batu 3 Sentosa Jaya, tinggal sehelai sepinggang selepas kebakaran yang memusnahkan 22 rumah. – Gambar Scoop, 2 Mei, 2024

“Mereka (penduduk kampung) mengambil barangan yang lebih besar dan berharga, tetapi api itu merebak terlalu pantas, jadi tidak cukup masa, mereka letak semua buku-buku agama dan al-Quran ke dalam sini (tempat jenazah).

“Kesemua buku-buku di sini terselamat dari api,” katanya.

Dalam masa itu, anak Ibnu, Anel, 24, berkata, dia masih tidak mempunyai rancangan mengenai tempat tinggal yang baru selepas pusat penempatan sementara di Dewan Taman Harmoni ditutup.

“Kami masih terkejut dan belum fikir lagi mengenai tempat tinggal. Saya cuma perlu bekerja dan memberi makan kepada keluarga,’’ katanya yang bekerja sebagai pencuci kereta. – 2 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

The Cabinet group photo maybe signalling General Election is around the corner – Kuik Cheng Kang

Cabinet’s “family portrait” may be brushed off as routine, but in Malaysia’s fluid political landscape, every ritual carries weight. With Johor’s shock dissolution and PAS’ restless manoeuvres, Anwar stands at the starting line—waiting for the signal that could trigger an early general election

◉ Related