◉ HEADLINES

Akhyar Rashid cedera di kepala akibat disamun

Akhyar dikatakan baru turun dari kereta sebelum dipukul dengan senjata dipercayai cota di kepala dan badan oleh suspek yang tidak dikenali

11:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala apabila disamun malam tadi di Kuala Terengganu.

Akhyar, 25, dikatakan baru turun dari kereta sebelum dipukul dengan senjata dipercayai cota di kepala dan badan oleh suspek yang tidak dikenali.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 9 malam tadi.

Dia dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan.

Keadaannya dilaporkan stabil. Media melaporkan suspek merampas dompet dan telefon milik mangsa sebelum melarikan diri.

Sementara itu, menerusi video dan gambar yang tular di media sosial, Akhyar memegang kepalanya yang cedera sambil berkerusi roda ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Susulan itu, rata-rata peminat kebangsaan itu mendoakan semoga Akhyar tidak mengalami kecederaan serius.

Akhyar, pemain kelahiran Kedah kini bermain untuk Terengganu FC selepas dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT). – 2 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related