◉ HEADLINES

Lembaga Pengarah DNB bermesyuarat minggu depan, tentukan syor bagi hala tuju rangkaian 5G kedua: Gobind

Jangka masa yang ditetapkan adalah 20 hari untuk mereka kembali mengemukakan semula selepas meneliti laporan usaha wajar itu

1:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lembaga pengarah Digital Nasional Bhd (DNB) yang baru dilantik akan mengadakan mesyuarat pada Selasa depan untuk meneliti laporan kajian daya maju mengenai perjanjian penjualan saham (SSA) 5G, sebelum membuat sebarang pengesyoran mengenai hala tuju rangkaian 5G kedua yang akan diwujudkan tidak lama lagi, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Beliau berkata keseluruhan proses usaha wajar itu telah dilakukan dan kini pihak lembaga pengarah akan mengkaji laporan yang dikemukakan tersebut di samping menentukan hala tuju perkara yang perlu dilaksanakan selepas itu.

“Jangka masa yang ditetapkan saya yakin adalah 20 hari untuk mereka kembali mengemukakan semula selepas meneliti laporan usaha wajar itu.

“Kita akan melaksanakannya satu per satu,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara DNB dan Ericsson dengan rakan kongsi perusahaan bagi memajukan 5G untuk perusahaan di ibu pejabat DNB di sini, pada Jumaat. – 3 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related