◉ HEADLINES

Jangan takut keluar mengundi, polis beri jaminan PRK KKB selamat

Polis sudah melakukan persiapan dari aspek keselamatan dan ketenteraman awam di Kuala Kubu Baharu

4:50 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Pengundi Kuala Kubu Baharu (KKB) dinasihatkan supaya tidak bimbang mengenai soal keselamatan mereka ketika keluar mengundi pada 11 Mei ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana pihak polis sudah menjalankan tugas dan melakukan persiapan dalam aspek jaminan keselamatan dan ketenteraman awam.

“Jaminan polis bahawa keselamatan orang ramai termasuk di Kuala Kubu Baharu terjamin. (Jadi) Orang ramai termasuk pengundi tidak perlu gundah-gulana untuk keluar mengundi.

“Kita mahu proses pengundian ini berlangsung dengan baik. Kita mahu pengundi bebas tanpa sebarang ugutan atau bimbang dengan keselamatan diri mereka,” katanya kepada media selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama Menteri Dalam Negeri di Maktab Polis di sini, hari ini.

Saifuddin turut mengingatkan semua pihak yang terlibat dengan PRK Kuala Kubu Bharu untuk mematuhi undang-undang ditetapkan.

“Kita harap segala proses (pilihan raya) berjalan dengan baik,” katanya.

PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) KKB diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

PRK itu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon Bebas.

PH mempertaruhkan bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang Sock Tao mewakili Kerajaan Perpaduan yang dicabar pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut dari PN.

Sementara itu, PRM diwakili Hafizah Zainuddin dan Nyau Ke Xin bertanding atas tiket Bebas.

Semalam, Polis Hulu Selangor memaklumkan menerima tiga laporan sejak perjalanan kempen PRK KKB bermula 27 April lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, satu kertas siasatan dibuka dan disiasat mengikut Seksyen 4(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – 3 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related