◉ HEADLINES

Subsidi petrol, diesel: Tunggu pengumuman, saya yakin kerajaan pastikan rakyat tidak terbeban, kata Fuziah

Beliau yakin kerajaan akan memastikan rakyat tidak terbeban dalam keadaan sekiranya mekanisma penyasaran subsidi dilaksanakan kelak

7:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tunggulah pengumuman kerajaan.

Demikian tegas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh mengulas mengenai laporan media luar negara kononnya kerajaan membuat keputusan untuk mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel bermula bulan depan.

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan media luar negara itu tidak berasas kerana buat masa ini tiada sebarang pengumuman daripada kerajaan berhubung perkara tersebut.

“Selagi kerajaan tidak buat pengumuman ini dah dikira mendahului kerajaan. Jadi usah mendahului kerajaan. Kenyataan sebegini boleh menyebabkan rakyat panik sedangkan ia tidak berasas.

“Tunggulah pengumuman kerajaan. Saya yakin kerajaan akan memastikan rakyat tidak terbeban dalam keadaan sekiranya mekanisma penyasaran subsidi dilaksanakan kelak,” katanya kepada Scoop.

Semalam, akhbar Singapura, The Straits Times melaporkan kerajaan akan memulakan pemotongan subsidi bahan api pada bulan depan, dengan diesel menjadi bahan api pertama yang diapungkan harga mengikut kadar pasaran.

Memetik sumber, akhbar tersebut mendakwa ia akan dilaksanakan dalam tempoh beberapa minggu selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang akan diadakan 11 Mei ini.

Selepas diesel, harga runcit petrol akan dinaikkan secara berperingkat, menurut laporan itu lagi.

Bagaimanapun Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini menyangkal laporan tersebut kononnya kerajaan membuat keputusan untuk mengumumkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata, mesyuarat Jemaah Menteri tidak langsung membincangkan perkara itu sebelum ini termasuk pada minggu lepas. – 4 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

◉ Related