◉ HEADLINES

Tunku Ismail kecam serangan terhadap Faisal, Akhyar

Baginda berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera dalam menyiasat kedua-dua kejadian terbabit

8:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengecam insiden menimpa dua pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dan Akhyar Rashid yang menyebabkan mereka cedera.

Tunku Ismail yang juga Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera dalam menyiasat kedua-dua kejadian terbabit.

“Saya mengecam insiden membabitkan pemain bola sepak, Faisal Halim dan Akhyar Rashid yang menyaksikan keselamatan serta kesejahteraan mereka terjejas oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Saya berharap PDRM segera menyiasat kes terbabit dan mengambil tindakan bersesuaian,” kata baginda menerusi Instagram.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengecam insiden menimpa dua pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dan Akhyar Rashid melalui hantaran Instagram Story – Tangkapan layar Instagram, 6 Mei, 2024

Semalam, negara dikejutkan dengan kes Faisal yang juga pemain Selangor disembah asid dalam kejadian di Kota Damansara, Petaling Jaya, mengakibatkannya mengalami kelecuran tahap 2 di leher, bahu, lengan dan dada.

Insiden menimpa Faisal berlaku kurang seminggu dari kejadian samun dialami Akhyar yang juga pemain Terengganu FC (TFC) di Kuala Terengganu, sehingga mengakibatkannya cedera di kepala, kaki kiri serta lengan kiri, selain kerugian wang ribuan ringgit dan dihantar ke unit kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Dalam kejadian itu, Akhyar, 25, yang baharu keluar daripada kenderaan dipukul dengan senjata dipercayai cota, sebelum suspek dikatakan merampas dompet serta telefon bimbit milik mangsa dan melarikan diri. – 6 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related