◉ HEADLINES

Calon PN bentang manifesto ketika kempen PRK KKB hanya berbaki 5 hari lagi

Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu akan diadakan pada Sabtu ini

7:02 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut hari ini membentangkan manifestonya meskipun hari pengundian hanya berbaki lima hari lagi.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu akan diadakan pada Sabtu ini.

Khairul menggariskan lima teras utama dalam manifestonya untuk penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Menifesto bertemakan ‘Demi Rakyat Kuala Kubu Baharu’ itu tertumpu kepada aspek pembangunan berkualiti dan mapan, menjamin kelestarian alam, memperkasa ekonomi setempat, menggembleng potensi generasi muda dan wanita serta membela masyarakat minoriti.

Dalam pembentangannya, Khairul, 54, berkata dia akan mendesak pembangunan infrastruktur dan prasarana asas berkualiti dan sempurna di kawasan tersebut.

Selain itu, beliau berjanji akan memperjuangkan masyarakat minoriti orang Asli yang sering dipinggirkan dalam aspek pembangunan.
“Saya pergi ke Batu 30, Kg Orang Asli dan mereka sudah lebih 30 tahun hadapi masalah banjir, tiada penyelesaian sehingga kini.
“Mereka sering dipinggirkan dan InsyaAllah saya akan bantu letakkan kampung ini dalam Unesco (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Selain itu, saya juga akan menuntut pembangunan yang mesra OKU (orang kurang upaya) khususnya prasarana awam di seluruh KKB,” katanya ketika membentangkan manifesto di Dataran BizBox, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menerusi teras kelestarian alam dan persekitaran hijau, Khairul berjanji menyediakan blueprint pembangunan lestari dengan mengekal kehijauan alam semula jadi dan persekitaran yang bersih.

Selain itu, dia juga bertekad untuk terus mempromosikan KKB sebagai kawasan eko pelancongan yang dapat memangkin kegiatan ekonomi untuk masyarakat setempat.

Khairul dengan moto ‘Khairul Komited Berkhidmat’ juga akan melipat gandakan program pemerkasaan anak muda dan wanita khususnya dalam bidang sukan dan sosioekonomi.

Empat calon akan bertanding pada PRK KKB ini iaitu Pang Sock Tao mewakili Pakatan Harapan (PH); Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut; Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainuddin dan Bebas, Nyau Ke Xin. – 6 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related