◉ HEADLINES

‘Abang pergi sekelip mata’ luah sedih adik mangsa pokok tumbang di ibu kota

Md Rizal meninggal dunia selepas ditimpa sebatang pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berhampiran Hotel Concorde, dekat sini semalam

3:03 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – “Ayah pernah cakap, apa-apa biar dia pergi dulu, tetapi sekarang anak dia yang pergi dahulu,” luah adik mangsa pokok tumbang di ibu kota semalam, Shahrizal Atan.

Menurut Shahrizal, abangnya Allahyarham Md Rizal, 47, pergi sekelip mata dan sebelum ini tidak mempunyai apa-apa penyakit.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hopital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Md Rizal meninggal dunia selepas ditimpa sebatang pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berhampiran Hotel Concorde, dekat sini semalam.

Dalam kejadian itu, dua lagi mengalami kecederaan dan turut menjejaskan landasan Monorel KL berhampiran hotel itu.

Ia mengakibatkan empat stesen Monorel iaitu Bukit Nanas, Raja Chulan, Bukit Bintang dan Imbi ditutup sementara untuk kerja pembersihan serta baik pulih.

Mengulas lanjut, Shahrizal berkata, pokok-pokok perlu diselenggara dengan baik, bukan menunggu terjadi insiden seumpama itu.

“Patutnya (pokok-pokok) diselenggara dengan baik, bukan selepas terjadi (kematian). Benda ini melibatkan nyawa,’’ katanya.

Sementara itu, proses bedah siasat ke atas jenazah Md Rizal selesai dijalankan di HKL.

Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Shah Alam. – 8 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related