◉ HEADLINES

Projek pembangunan semula Stesen KL Sentral akan bermula akhir tahun ini: Anthony Loke

Pemaju projek, MRC, akan melaksanakan pembangunan dengan peruntukan melebihi RM1.0 bilion dan kerajaan tidak akan menanggung sebarang kos bagi pembangunan semula itu

5:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Projek pembangunan semula Stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) akan bermula akhir tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata Kementerian Pengangkutan akan bekerjasama dengan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) bagi melaksanakan projek itu.

“Stesen itu akan menjalani penambahbaikan untuk menjadikannya lebih moden, cekap dan dihubungkan dengan lancar ke kawasan sekitar.

“Penambahbaikan ini akan melibatkan kerja menaik taraf, mereka bentuk semula, penggunaan semula dan usaha membina semula untuk mencapai tahap pembinaan yang lebih moden dan canggih,” kata Loke kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Menara Sentral RAC, di sini, hari ini.

Beliau juga berkata projek pembangunan semula itu secara dasarnya telah mendapat kelulusan Kabinet pada Ogos tahun lepas lalu untuk membaik pulih Stesen KL Sentral melalui inisiatif Perkongsian Awam-Swasta.

Pemaju projek, MRC, akan melaksanakan pembangunan dengan peruntukan belanja melebihi RM1.0 bilion dan kerajaan tidak akan menanggung sebarang kos bagi pembangunan semula itu.  

“Perbincangan dengan Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas), yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, sedang dijalankan,” katanya.

Loke juga menerangkan tentang rancangannya bagi kawasan KL Sentral, memperincikan inisiatif komprehensif untuk menghubungkan kepada semua bangunan bagi menambah baik mobiliti dan akses awam.

“Rangkaian yang saling berkaitan ini akan membolehkan peralihan lancar antara titik berbeza dalam kawasan itu bagi memudahkan pergerakan orang ramai,” katanya. – 10 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

The Cabinet group photo maybe signalling General Election is around the corner – Kuik Cheng Kang

Cabinet’s “family portrait” may be brushed off as routine, but in Malaysia’s fluid political landscape, every ritual carries weight. With Johor’s shock dissolution and PAS’ restless manoeuvres, Anwar stands at the starting line—waiting for the signal that could trigger an early general election

◉ Related