◉ HEADLINES

Azalina tegur Hadi Awang, ‘jangan jadi munafik, dulu sayang, sekarang tak sayang, tak bolehlah begitu’

Hadi sebelum ini mengingatkan pengundi Kuala Kubu Baharu 'wajib' untuk mereka memilih pemimpin Melayu dan Islam

7:24 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang diingatkan supaya tidak menjadi ahli politik munafik susulan kenyataan panasnya ketika berucap di pentas Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) di sini, semalam.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said mengecam Hadi kerana bersikap double standard berikutan kenyataannya menggelar DAP parti ekstrem sedangkan mereka pernah bekerjasama dalam Pakatan Rakyat sebelum ini.

“Sebagai pemimpin politik, paling penting kita tidak boleh ‘munafik’. (Kerjasama) Dulu boleh sekarang tak boleh. Dulu sayang, sekarang tak sayang, tak bolehlah begitu.

“Boleh tambahkan cawangan (rakan kerjasama) tetapi janganlah tak konsisten, kenapa dulu boleh? Tiada pula isu sama ditimbulkan,” katanya kepada pemberita selepas jelajah mesra bersama komuniti Orang Asli di Kampung Tun Abdul Razak, di sini hari ini.

Semalam, Hadi menggesa ahli Umno Selangor untuk mengelak ‘mengulangi nasib parti’ kehilangan kuasa politik pada masa lalu.

Beliau juga berkata, DAP adalah parti ekstrem dan mempunyai agenda untuk merampas kuasa politik secara halus dan licik sehingga boleh menyebabkan kekacauan dalam negara.

Azalina menyantuni masyarakat Orang Asli di Kampung orang asli Tun Abdul Razak, Kuala Kubu Baharu hari ini. – Riduan Rizal Ahmad/Scoop, 10 Mei, 2024

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menggesa pengundi Kuala Kubu Baharu supaya mengundi seorang pemimpin Islam dan berkata ‘wajib’ memilih pemimpin Melayu dan Islam.

Azalina, sebaliknya, menekankan kepentingan bersikap profesional sebagai ahli politik, dan mengutamakan ideologi perjuangan.

“Kalau kita berikan sokongan atau tidak kerana elemen menakut-nakutkan, 3R (agama, kaum dan raja), ia bukanlah pendekatan politik yang matang.

“Kematangan politik adalah mengenai ideologi dan ia berkenaan ideologi,” katanya.

Hari pengundian bagi kerusi DUN Kuala Kubu Baharu ditetapkan esok, 11 Mei. Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas). – 10 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

PKR wants Aminuddin Harun retained as Negri MB: Anwar

PKR wants Datuk Seri Aminuddin Harun to be retained as Negri Sembilan Menteri Besar if the Pakatan Harapan-Barisan Nasional alliance wins the state elections next month.

Testing secrets, or trade restraint? Dispute over oilfield tech ends with quiet withdrawal

Intertek’s Malaysian unit alleged ex-staff misused proprietary water monitoring system, but defendants argued “Sidestream” method was common industry practice

Malaysia’s median wage hits RM2,864 in September 2025, youth wages see biggest jump: DOSM

Formal employee wages rise by 4.3%, with significant growth across age groups and sectors

◉ Related