◉ HEADLINES

Tabung di aplikasi MAE Maybank tergendala, pengguna cemas bimbang wang hilang

Lebih ‘menakutkan’ apabila ayat ‘maaf, Tabung tidak boleh digunakan sekarang’ menyebabkan ramai yang menyimpan di dalam aplikasi tersebut bimbang wang mereka akan hilang

3:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengguna perbankan Maybank cemas apabila perkhidmatan Tabung di dalam MAE tidak berfungsi sejak beberapa jam lalu menyebabkan urusan menyimpan atau mengeluarkan wang dalam Tabung tidak boleh dilakukan.

Lebih ‘menakutkan’ apabila ayat ‘maaf, Tabung tidak boleh digunakan sekarang’ menyebabkan ramai yang menyimpan di dalam aplikasi tersebut bimbang wang mereka akan hilang.

Kebimbangan mereka disuarakan di media sosial dan di dalam akaun rasmi Maybank.

Menurut Maybank, keadaan itu berlaku memandangan sistem sedang diselenggara untuk Tabung menerusi aplikasi MAE.

“Sebarang kesulitan amat dikesali. Adalah dimaklumkan terdapat penyelenggaraan sistem untuk Tabung melalui Aplikasi MAE pada masa ini.

“Yakinlah, kami bekerjasama untuk membetulkan isu ini dan ia akan kembali normal tidak lama lagi. Kami menghargai kesabaran dan kerjasama anda,’’ demikian jawapan Maybank kepada kebimbangan yang dilontar oleh orang ramai menerusi Aplikasi X.

Namun jawapan itu gagal meredakan kebimbangan pengguna terutama mereka yang mahu mengeluarkan wang dalam simpanan tersebut.

“Apa ni Maybank, dah selesa pakai MAE, buat hal pula. Tolong baiki dengan segera,’’ kata Izzatie

Ada yang meluahkan kekecewaan kerana Tabung masih belum boleh diakses sehingga sekarang selepas beberapa jam manakala ada pula yang tidak mahu lagi menyimpan dalam aplikasi itu.

“Maybank, jangan buat hal ini simpanan kecemasan dalam Tabung, aku kumpul semasa bekerja dulu,’’ kata elin.

Tabung di aplikasi MAE ini boleh dibuat pada bila-bila masa.

Simpanan boleh dibuat setiap bulan dengan pemotongan secara automatik atau dimasukkan sendiri oleh penyimpan akaun tersebut. – 11 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related