◉ HEADLINES

Gadis remaja 19 tahun hilang selepas keluar ke tempat kerja

Hanusyadevi Muniandy tidak pulang ke rumahnya di Pangsapuri Taman Permai Indah, Pandamaran selepas keluar jam 3.30 petang semalam untuk ke tempat kerja di Pulau Indah

11:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang gadis, Hanusyadevi Muniandy, 19, dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar ke tempat kerja di Pulau Indah, Klang sejak petang semalam.

Kenyataan di Facebook Balai Polis Pandamaran memaklumkan, Hanusyadevi dikatakan keluar ke tempat kerja dari kediamannya di Pangsapuri Taman Permai Indah pada jam 3.30 petang.

Menurutnya, susulan kehilangan gadis itu, bapanya membuat laporan polis di Balai Polis Pandamaran.

“Mohon kerjasama dari orang ramai yang melihat dan menjumpai remaja perempuan bernama Hanusyadevi Muniandy, berumur 19 tahun yang dilaporkan keluar dari rumah di Pangsapuri Taman Permai Indah, Pandamaran pada 11 Mei 2024, jam kira-kiRa 3.30 petang untuk ke tempat kerja (sebuah syarikat penghantaran barang) di Pulau Indah.

“Namun, dia tidak pulang ke rumah hingga kini.

“Pengadu, bapa kepada penama (mangsa) sudah membuat laporan di Balai Polis Pandamaran,” katanya.

Menerusi kenyataan sama, orang ramai diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Amiza di talian 019-2318805 atau 03-33762398 sekiranya mempunyai sebarang maklumat atau mengetahui di mana mangsa berada,” katanya. – 12 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related