◉ HEADLINES

Tuntutan palsu: Dakwaan SPRM tahan 5 Adun Perlis tidak betul, hasil siasatan diperoleh minggu depan

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Azmi Kamaruzaman turut menolak dakwaan kononnya sekumpulan anggota SPRM Putrajaya telah pun berada di Perlis sejak beberapa hari lalu selepas memperoleh maklumat baharu tersebut

9:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perlis akan ditahan dalam terdekat bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu membabitkan anak Menteri Besarnya dan beberapa individu lain.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Azmi Kamaruzaman berkata, dakwaan tersebut tidak berasas.

“Buat masa ini, dakwaan tersebut tidak betul,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Beliau turut menolak dakwaan kononnya sekumpulan anggota SPRM Putrajaya telah pun berada di Perlis sejak beberapa hari lalu selepas memperoleh maklumat baharu tersebut.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan lima Adun berkenaan akan ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Identiti kelima-lima Adun yang mewakili PAS dan Bersatu didakwa disebut sendiri oleh anak Menteri Besar Perlis ketika siasatan dilakukan oleh SPRM.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, SPRM masih melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes tersebut dan hasil siasatan dijangka diperolehi minggu depan.

“SPRM sedang lengkapkan siasatan, saya harap akan ada keputusan (hasil siasatan) minggu depan, mungkin selewat-lewatnya pada Rabu depan,” katanya.

Pada 26 April, anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman SPRM, dilepaskan dengan jaminan SPRM, berserta empat individu lain yang turut ditahan bagi membantu siasatan dalam kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000.

Kesemua suspek dilepaskan dengan jaminan RM10,000 dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Sebelum itu, SPRM menahan enam individu dipercayai terlibat dengan kes tersebut, ketika hadir bagi dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM Perlis. – 15 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related