◉ HEADLINES

Pakai baju hitam esok bantah buka UiTM kepada bukan Bumiputera: MPP

Ia bertujuan memberi pendedahan serta pengetahuan kepada seluruh mahasiswa mengenai hak asasi keadilan Bumiputera

11:25 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM melancarkan kempen bantahan pembukaan universiti tersebut kepada golongan bukan Bumiputera dan menggesa semua pelajar agar memakai pakaian berwarna hitam esok.

Gesaan itu susulan rayuan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) minggu lalu agar UiTM mengutamakan kepentingan kesihatan awam dengan membuka sementara program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks kepada pelajar bukan Bumiputera bagi mengatasi kekurangan pakar dalam bidang tersebut.

MPP dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua 214 ahlinya dengan tegas mempertahankan objektif penubuhan UiTM sebagai sebuah institusi untuk orang Melayu, Orang Asli dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

“Dalam usaha menegaskan pendirian tersebut, MPP UiTM bersepakat melancarkan kempen #MahasiswaUiTMBantah bermula 14 Mei 2024 hingga 16 Mei ini dengan tujuan memberi pendedahan serta pengetahuan kepada seluruh mahasiswa mengenai hak asasi keadilan Bumiputera.

“Oleh itu, menggesa semua pelajar untuk menggunakan #MahasiswaUiTMBantah pada setiap hantaran di media sosial bagi menunjukkan sinergi seluruh mahasiswa berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Perkara 153).

“MPP UiTM juga menyeru semua pelajar untuk sama-sama memakai pakaian berwarna hitam esok sebagai tanda ketegasan dalam membantah agenda pembukaan UiTM kepada golongan bukan Bumiputera,” katanya.

Kenyataan MPP bagaimanapun, tidak menyebut secara khusus kekurangan semasa pakar kardiotoraks dan cadangan MMA.

Presiden MMA, Dr Azizan Abdul Aziz merayu kepada UiTM sekiranya universiti itu boleh membuka pintunya kepada pelajar antarabangsa, ia sudah pasti boleh membenarkan rakyat Malaysia belajar di sana, terutamanya bagi memenuhi keperluan mendesak untuk pakar kardiotoraks.

“Semua orang terjejas akibat kekurangan pakar. Setakat ini, kami tidak fikir kami akan dapat memenuhi sasaran 28,000 pakar perubatan menjelang 2030.

“Kami memerlukan UiTM menyokong usaha melahirkan lebih ramai pakar bedah kardiotoraks dengan membukanya kepada semua rakyat Malaysia yang berminat. Penjagaan kesihatan tidak boleh dipolitikkan,” kata Azizan.

Beliau turut mengetengahkan cadangan Profesor di Fakulti Perubatan UiTM, Dr Raja Amin Raja Mokhtar agar program pasca siswazah pembedahan kardiotoraks kendaliannya diperluas kepada doktor pelatih bukan Bumiputera seperti dilaporkan portal berita kesihatan, Code Blue. – 15 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya likely to lose seven players permanently despite CAS ruling: AFC

It says eligibility falsification case may trigger further disciplinary review after CAS upholds 12-month ban

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

◉ Related