◉ HEADLINES

Sultan Selangor berkenan lancar inisiatif Putra UPM

Sultan Sharafuddin yang juga Canselor UPM melakukan simbolik pelancaran dengan menandatangani plak perasmian yang dibawa masuk oleh sebuah robot di Istana Alam Shah di sini, hari ini

8:12 PM MYT

 

KLANG – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat melancarkan inisiatif penjenamaan semua aktiviti pengembangan pertanian dan keterjaminan makanan Universiti Putra Malaysia (UPM) di bawah jenama Pertanian Untuk Rakyat (PUTRA).

Sultan Sharafuddin yang juga Canselor UPM melakukan simbolik pelancaran dengan menandatangani plak perasmian yang dibawa masuk oleh sebuah robot di Istana Alam Shah di sini, hari ini.

Naib Canselor UPM Datuk Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah ketika ditemui pemberita berkata Putra melambangkan sumbangan penting UPM dalam memperkasa bidang pertanian serta komitmen universiti untuk memajukan pertanian untuk kepentingan masyarakat.

“Penjenamaan ini memberikan pendedahan kepada masyarakat bahawa UPM bersama agensi terlibat menyediakan pelbagai program latihan, pendidikan, dan penyelidikan kepada petani tempatan yang boleh menyumbang kepada peningkatan sara hidup serta pembangunan ekonomi masyarakat. Dalam erti kata lain melalui Putra, UPM akan Merakyatkan Pertanian,” katanya.  

Ahmad Farhan berkata UPM juga giat bekerjasama dengan agensi luar seperti projek Inisiatif Pendapatan Rakyat Inisiatif Usahawan Tani (IPR-INTAN @ UPM), program pengembangan Putra oleh Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dan persidangan ilmu membincangkan agenda keterjaminan makanan.

Beliau berkata sekumpulan penyelidik Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) dan Fakulti Pertanian (FP) telah menuai rintis padi varieti baharu rintang kemarau dan berkualiti tinggi yang dinamakan benih Climate Ready (CR) berskala besar di bendang Kampung Muring, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Katanya usaha itu disokong dengan perkembangan teknologi digital terkni serta teknologi kecerdasan buatan (AI) dan antara kajian yang telah dipelopori termasuk pengesan tekanan tumbuhan menggunakan aplikasi DEEP-NDVI Model.

Ahmad Farhan berkata UPM turut menerapkan teknologi pertanian pintar menggunakan data tepat AI, pertanian digital berkembar oleh Putra Science Park (PSP) serta sistem sensor pemantauan kualiti air bagi peternakan ikan Siakap oleh Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik UPM.

“Inisiatif-inisiatif ini adalah selari dengan Dasar Agromakanan Negara 2012-2030 (DAN 2.0) untuk meningkatkan kesedaran masyarakat akan pentingnya keterjaminan makanan serta menegaskan peranan penting UPM sebagai institusi pendidikan yang berkait rapat dengan pertanian.

“Tumpuannya adalah bagi menyediakan lebih banyak peluang perkongsian pendidikan pertanian kepada masyarakat untuk membuka ruang pekerjaan dan tambahan pendapatan kepada komuniti tempatan,” katanya.

Ahmad Farhan berkata UPM turut melaksanakan kolabrasi bersama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) menerusi program Usahawantani Putra-Perhebat dalam memartabatkan sosioekonomi bakal pesara serta veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau berkata pelajar di Fakulti Pertanian UPM juga sentiasa didedahkan dengan program bersama industri seperti Program Inkubator Pembangunan Belia Tani di Kalangan Siswazah (PROBEST) bersama pendanaan oleh Agrobank. 

Sementara itu Ahmad Farhan berkata UPM akan melancarkan ‘Blue Print’ Keterjaminan Makanan pada bulan Jun ini dalam usaha universiti itu merealisasikan agenda keterjaminan makanan dalam negara.

“Blueprint itu merupakan satu dokumen yang akan memberi panduan kepada warga UPM khususnya, mengenai apa kita boleh buat dari segi pendidikan, pembangunan, penyelidikan, kerja ‘extention’ kepada masyarakat, industri, dan macam mana kita boleh pastikan agenda keterjaminan makanan ini boleh diselesaikan,” katanya. – 16 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related