◉ HEADLINES

Pemandu lori maut tersepit kemalangan 3 buah lori di Plus

Pengguna jalan raya yang menggunakan laluan Sungkai mengahala ke Slim River dinasihatkan untuk keluar ke tol Tapah, Bidor atau Sungkai sebagai laluan alternatif

9:44 AM MYT

 

IPOH – Seorang pemandu lori muatan telur maut apabila kenderaannya terlibat dalam kemalangan dengan dua buah lori muatan buah-buahan, di Kilometer 367 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, dekat Slim River, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu dari arah Sungkai menghala ke Slim River, kira-kira pukul 5.45 pagi.

“Sebuah lori telah merintangi jalan dan semua lorong terhalang, sehingga menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer. Sehubungan itu, pengguna jalan raya yang menggunakan laluan tersebut dinasihatkan untuk keluar ke tol Tapah, Bidor atau Sungkai sebagai laluan alternatif, bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan laluan lintas semasa kerja pembersihan dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dengan bantuan BBP Bidor, dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada 4.40 pagi tadi.

Beliau berkata setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan tiga buah lori iaitu lori muatan telur ayam serta dua buah lagi lori muatan buah-buahan.

“Ketiga-tiga lori ini telah berlanggar dan terbalik merintangi dan menghalang sepenuhnya laluan di lebuh raya arah selatan.

“Terdapat seorang mangsa tersepit dalam lori muatan telur ayam dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan di lokasi kejadian, manakala dua lagi pemandu lori hanya mengalami kecederaan ringan dan tidak cedera,” katanya dalam kenyataan.

Sabarodzi berkata mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan ketika ini. – 17 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related