◉ HEADLINES

Seorang penumpang kritikal antara 9 rakyat Malaysia cedera dalam insiden pesawat SQ321

Kesemua mereka mengalami masalah fizikal dan kecederaan dalaman, dengan seorang dalam keadaan kritikal tetapi stabil

1:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sembilan daripada 16 rakyat Malaysia, termasuk seorang anak kapal yang menaiki pesawat Singapore Airlines (SIA), SQ321 dari London ke Singapura semalam, sedang dirawat di dua hospital berasingan di Bangkok, Thailand.

Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Thailand mengesahkan seorang daripadanya dikatakan dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

“Ketika ini enam rakyat Malaysia sedang dirawat di Hospital Samitivej Srinakarin dan tiga lagi di Hospital Samitivej Sukhumvit.

“Kesemua mereka mengalami masalah fizikal dan kecederaan dalaman, dengan seorang dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

“Mereka berada di bawah pengawasan dan menunggu keputusan perubatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, Wisma Putra sudah berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan hospital selain pegawai konsular turut melawat dan memberikan bantuan yang diperlukan kepada mangsa.

Dalam kejadian itu, seorang penumpang warga emas dari United Kingdom (UK) berusia 73 tahun, meninggal dunia disyaki akibat serangan jantung manakala lebih 70 lagi cedera.

Terdapat 211 penumpang berada dalam pesawat itu dengan 16 daripada adalah rakyat Malaysia dan majoritinya warga Australia, UK dan Singapura serta 18 anak kapal.

SIA memaklumkan pesawat dengan nombor pendaftaran SQ321 itu terpaksa mengubah laluan penerbangan dan melakukan pendaratan di Bangkok pada jam 3.45 petang waktu tempatan.

Sementara itu, Wisma Putra turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga penumpang yang meninggal dunia dalam insiden tersebut dan mendoakan mereka yang cedera segera sembuh.

“Ahli keluarga penumpang Malaysia yang terjejas boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok melalui talian +66-2340-5731/5732 (waktu bekerja) +66-87-028-4659 (selepas waktu bekerja) bagi mendapatkan perkembangan lanjut,” katanya. – 22 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related