◉ HEADLINES

Gangguan air di 41 kawasan Kuala Langat pilih sepenuhnya tengah malam ini

9:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Loji Rawatan Air Labohan Dagang (LRA Labohan Dagang) yang menyebabkan gangguan bekalan air di 41 kawasan di Kuala Langat sejak malam tadi, sudah beroperasi sepenuhnya pagi ini.

Air Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, bekalan air di kawasan terbabit sudah disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna mulai 5 pagi tadi.

Jelasnya, masa pemulihan penuh di sebahagian kawasan yang terjejas dijangkakan pada 12 tengah malam ini.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

“Air Selangor terus giat menggerakkan lori tangki air ke kawasan yang terlibat bagi memberikan bantuan bekalan air kepada pengguna yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian di sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,’’ katanya.

Loji Rawatan Air Labohan Dagang (LRA Labohan Dagang) dihentikan sementara pada jam 10 malam tadi akibat gangguan bekalan elektrik yang disebabkan oleh kerja-kerja pembaikan kecemasan peralatan elektrik di Sub Stesen Utama Olak Lempit oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Berikutan itu, sehagian kawasan di wilayah Kuala Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 10 malam tadi.

Antara kawasan yang terbabit ialah Banting, Taman Seri Medan, Sungai Buaya, Morib, Jenjarom, Jugra, Kampung Sg Sedu, Kampung Sg Manggis, Kampung Endah, Kampung Kanchong Darat, Kampung Kancong Tengah dan Kampung Kanchong Laut.

Dalam pada itu, Air Selangor memaklumkan ia akan memuatnaik perkembangan terkini mengenai insiden itu dari masa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.

“Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari laman web Air Selangor,’’ katanya. – 24 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Ozil warns Malaysia: Invest in youth or fall behind in global football race

Former Real Madrid and Arsenal star says Malaysia must commit to long-term grassroots and academy development, stressing that sustainable success in world football demands patience, structure, and unwavering belief in youth systems

Promising Malaysian cancer vaccine awaits funding to begin long-delayed human trials

Seven years on, researchers say strong preclinical results persist, but lack of funding continues to hold back critical next-stage testing

◉ Related