◉ HEADLINES

SPR dimaklum kekosongan DUN Sungai Bakap esok

Kekosongan kerusi itu susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff hari ini

10:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap esok.

Kerusi kawasan berkenaan kosong susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, perkara itu akan dimaklumkan Setiausaha DUN, Azizal Ahmad kepada SPR bagi membolehkan agensi terbabit mengambil tindakan lanjut.

“Pihak Speaker DUN sudah dimaklumkan berhubung kematian serta kekosongan kerusi Sungai Bakap dan beliau akan memaklumkan kepada SPR,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pengebumian Nor Zamri di Tanah Perkuburan Sungai Acheh di Nibong Tebal.

Mewakili kerajaan negeri, Kon Yeow turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka bersabar atas pemergiannya.

Nor Zamri dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.38 tengah hari tadi di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Perkara itu dimaklumkan PAS Pulau Pinang menerusi kenyataan ringkas di Facebook.

Sebelum ini media melaporkan, Nor Zamri yang lebih dikenali YB Abang Zam, 56, ditidurkan selepas ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya ekoran mengalami komplikasi di perut.

Allahyarham dilaporkan mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi, selain mengadu sakit perut tiga hari sebelum dihantar ke hospital pada 1 Mei.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, Allahyarham yang bertanding tiket Perikatan Nasional (PN), meraiih kemenangan ke atas calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose selepas meraih 15,433 undi. – 24 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related