◉ HEADLINES

Syahredzan Johan gesa senarai hitam pelancong baca al-Quran depan Batu Caves

Sebelum ini tular sebuah video yang dimuat naik di TikTok oleh akaun pelancong, @abdeentube menyaksikan dia membaca ayat al-Quran di hadapan patung Dewa Murugan di Batu Caves

11:59 AM MYT

 


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan menggesa Imigresen menyenarai hitam seorang pelancong asing yang memuatnaik video membaca ayat al-Quran di hadapan patung Dewa Murugan di Batu Caves.

Beliau yang juga Ahli jawatankuasa Eksekutif pusat DAP turut meningatkan orang luar supaya tidak melakukan tindakan yang boleh menganggu gugat keharmonian kaum dalam negara ini.

“Saya setuju dengan pandangan Menteri Agama (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar) dalam hal ini. Orang luar jangan buat tindakan yang ganggu-gugat keharmonian kaum dalam negara yang kami cintai ini.

“Saya gesa supaya pihak imigresen senarai hitam pelancong ini daripada masuk Malaysia,’’ katanya menerusi hantaran di akaun X hari ini.

Na’im sebelum ini mengecam keras tindakan pelancong asing itu dan menyifatkan tindakannya sebagai sangat tidak wajar dan tidak memahami budaya berbilang bangsa di Malaysia, seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal.

Video itu dimuatnaik oleh seorang pelancong dikenali sebagai @abdeentube di dalam akaun Instagramnya pada 4 hari lalu yang memaparkan dia membaca ayat suci al-Quran di hadapan patung Dewa Murugan di Batu Caves.

Pengaruh media sosial, Abdellatif Ouisa mendapat kritikan hebat selepas menyiarkan video dia membaca ayat-ayat al-Quran di Batu Caves baru-baru ini. – Gambar tangkap layar, 25 Mei, 2024

Lelaki itu adalah pempengaruh dari Maghribi, Abdellatif Quinsa. Dia mempunyai pengikut yang ramai di pelbagai platform media sosial termasuk TikTok, Youtube dan Instagram.

Ia sekali gus mencetuskan perdebatan di dalam media sosial dengan ramai yang mempertikaikan niat lelaki itu berbuat demikian kerana perbuatan tersebut tidak menunjukkan hormat kepada agama lain.

Susulan itu satu laporan polis telah dibuat ke atas Abdellatif oleh Global Human Rights Federation (GHRF) di balai polis Sentul malam tadi.

Presidennya, Shashi Kumar memberitahu Scoop, pempengaruh dari Maghribi itu perlu dilarang memasuki Malaysia kerana mencetuskan sentimen agama di negara ini.

Beliau juga menggesa polis mengambil tindakan ke atas Abdellatif kerana dia melakukan perkara sama di kuil Budha di Genting Highlands. – 25 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related