◉ HEADLINES

BDS Malaysia tidak pernah boikot KFC

Pada 29 April lalu, QSR Brands (M) Holdings Bhd dan KFC Malaysia mengesahkan penutupan sementara cawangan terpilih akibat ‘keadaan ekonomi yang mencabar’

2:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Restoran makanan segera KFC tidak pernah berada dalam senarai boikot oleh Pertubuhan Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia dari dahulu hingga sekarang.

Malah, kata Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Mohd Nazari Ismail, BDS tidak pernah bekempen kepada rakyat Malaysia untuk memboikot restoran makanan segera itu sebaliknya pelanggan yang merungut dan tidak mahu membeli hidangan KFC kerana mahal, bukan disebabkan isu Palestin.

Berbeza dengan McDonald’s, Nazari berkata rangkaian francais itu terpaksa dimasukkan dalam senarai boikot BDS selepas cawangan di Israel memberi makan secara percuma kepada tentera Zionis.

“Seluruh dunia marah kpd McD sebab tindakan itu, yang tidak disekat oleh McD Corporation.

“Alhamdulillah KFC tidak pernah melakukan tindakan sama, dan sebab itu tidak perlu dimasukkan dalam senarai boikot,’’ katanya menerusi kenyataan di Instagram BDS Malaysia hari ini.

Pada 7 Mei lalu, BDS Malaysia menggesa kerajaan untuk tidak mengadakan sebarang kontrak dengan syarikat didakwa terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di Gaza.

BDS Malaysia turut menggesa kerajaan menerima cadangan untuk menyelaraskan dasar dan amalan perdagangan negara dengan dasar luar negara yang langsung dan jelas tidak mengiktiraf Israel.

Pada 29 April lalu, QSR Brands (M) Holdings Bhd dan KFC Malaysia mengesahkan penutupan sementara cawangan terpilih akibat ‘keadaan ekonomi yang mencabar’.

Syarikat itu, bagaimanapun tidak menyatakan jumlah cawangan yang terlibat dengan penutupan sementara itu. – 26 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related