◉ HEADLINES

Ahli Parlimen Sepanggar dilantik Pengerusi PKR Sabah yang baharu

Pelantikan Datuk Mustapha Sakmud menggantikan Datuk Sangkar Rasam mengakhiri kemelut kepimpinan PKR Sabah

10:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Cabang PKR Kota Belud yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah yang baharu.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, keputusan penyusunan semula itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, hari ini.

Pelantikan Mustapha yang dibantu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam, Peto Galim selaku timbalannya, mengakhiri kemelut kepimpinan PKR Sabah.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh pula dilantik sebagai Pengerusi MPN Pahang dengan dibantu oleh Ketua Cabang Lipis, Rizal Jamin.

MPN Sarawak pula menyaksikan Ketua Cabang Baram, Roland Engan menerajui kepimpinan sebagai pengerusi, manakala Ketua Cabang Santubong, Ahmad Nazib Johari sebagai timbalan pengerusi.

Di Johor, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dilantik sebagai pengerusi, manakala Ketua Cabang Bakri, Md Ysahrudin Kusni sebagai timbalannya.

Fuziah-Salleh-
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi MPN Pahang. – Alif Omar/Scoop, 26 Mei, 2024

Sementara itu, Ketua Cabang Kemaman, Ahmad Nazri Mohd Yusof dilantik sebagai Pengerusi PKR Terengganu dan anggota Cabang Besut, Datuk Dr Mohasdjone @ Mohd Johari Mohd bertindak sebagai timbalan pengerusi.

Di Kelantan, Ketua Cabang Tanah Merah, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor dilantik sebagai pengerusi, manakala Ketua Cabang Pasir Puteh, Dr Shamsudin Ghani sebagai timbalannya.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin pula dilantik sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dan beliau dibantu Ketua Cabang Kepong, Jayakumar R Muniandy sebagai timbalan.

MPP turut mengumumkan pelantikan Datuk Sangkar Rasam (bekas Pengerusi MPN Sabah), (Ketua Cabang PKR Kuala Terengganu) Azan Ismail dan Datuk Dr Roslan Hussin (Pengarah Latihan) sebagai ahli MPP. – 26 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related