◉ HEADLINES

2 rakyat Malaysia yang terhidu gas beracun ketika bertugas di tangki PUB Singapura masih dalam ICU

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura sedang menjalankan berhubung insiden itu

12:37 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Dua pekerja rakyat Malaysia yang terhidu gas hidrogen sulfida semasa melakukan kerja-kerja pembersihan tangki di loji air Chu Kang Waterworks, Singapura, masih dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Mereka adalah antara tiga pekerja subkontraktor agensi air Singapura (PUB) yang terhidu gas tersebut pada Khamis lalu dan kini dirawat di Hospital Besar Ng Teng Fong selepas tidak sedarkan diri.

Seorang lagi pekerja yang merupakan seorang warga India dan bertugas sebagai pengurus operasi pembersihan oleh Supersonic Maintenance Services, meninggal dunia, lapor Berita Mediacorp.

Dalam pada itu, syarikat berkenaan sudah memaklumkan waris pekerja rakyat Malaysia itu dan akan menyediakan penginapan hotel percuma buat mereka, sekiranya ingin tinggal di Singapura.

Ia bagi memudahkan mereka ke hospital dan mereka telahpun melawat mangsa di hospital.

Siasatan awal mendapati pekerja terbabit terhidu hidrogen sulfida, sejenis gas yang dihasilkan daripada minyak kotor, iaitu sisa daripada proses rawatan air, menurut PUB pada minggu lalu.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 11.25 pagi dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan mengenai bahan berbahaya (HazMat) dengan dua pancutan air digunakan untuk menhapuskan wap gas beracun tersebut.

“Hidrogen sulfida adalah sejenis gas tidak berwarna dengan bau yang sama seperti telur busuk atau kumbahan. Ia sangat toksik dan mudah terbakar,’’ kata SCDF.

Dalam pada itu,Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura sedang menjalankan berhubung insiden itu.

PUB juga diarah menghentikan semua kerja-kerja pembersihan tangki. – 27 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

◉ Related