◉ HEADLINES

Pegawai terlibat kejadian pemandu OKU dipukul akan dipanggil ke Bukit Aman: Razarudin

Langkah ini diambil bagi memastikan penyiasatan dilakukan secara menyeluruh

5:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pegawai-pegawai yang terlibat dalam kejadian seorang pemandu e-hailing dipukul anggota polis pengiring akan dipanggil ke Bukit Aman untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, langkah ini diambil bagi memastikan penyiasatan dilakukan secara menyeluruh dan semua pihak yang terlibat dapat memberikan keterangan.

Tindakan tegas, katanya, akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pegawai yang didapati bersalah.

“Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes seorang anggota pengiring memukul seorang Orang Kurang Upaya (OKU) di ibu negara pada 28 Mei lalu, berdasarkan perkembangan terkini yang diperoleh.

“Keutamaan dalam setiap siasatan adalah untuk memastikan tiada pelaku yang terlepas daripada tanggungjawab atas perbuatan mereka,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menggesa pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh kejadian seorang pemandu e-hailing dipukul pegawai polis pengiringnya.

Tunku Mahkota Ismail berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan memberikan keadilan sebaiknya kepada mangsa yang juga seorang pemandu Orang Kurang Upaya (OKU).

Pada Rabu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi kenamaan di sebuah hotel di sini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataannya selepas itu memaklumkan pemandu itu menyifatkan kejadian tersebut sebagai salah faham.

Pemandu OKU berusia 46 tahun itu membuat laporan kedua pada hari yang sama dan memaklumkan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik serta tidak mahu memanjangkan kes.

Mengulas lanjut Razarudin, polis komited memelihara integriti dan memastikan tindakan yang sewajarnya untuk mempertahankan keadilan serta melindungi hak-hak individu yang terjeas, terutama golongan OKU. – 31 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related