◉ HEADLINES

4 gajah ditemukan mati di Kluang

Pengarah Perhilitan Johor berkata pihaknya akan melakukan bedah siasat terhadap kesemua haiwan liar itu bagi mengenal pasti punca kematian

4:26 PM MYT

 

KLUANG — Empat ekor gajah ditemukan mati di sebuah kebun buah-buahan di Kahang Timur di sini hari ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon berkata pihaknya bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor sedang memantau rapat mengenai kejadian melibatkan seekor gajah betina dewasa dan tiga anak gajah jantan itu.

“Saya telah berhubung dengan pihak Perhilitan mengenai tindakan yang akan dilaksanakan. Perkara ini dalam makluman pihak Perhilitan dan mereka sedang menyiasat serta telah mengambil sampel bangkai gajah tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Setakat ini, punca kematian kesemua gajah masih dalam siasatan pihak Perhilitan. Kesemua bangkai gajah akan ditanam di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak membuat tindakan sendiri sebaliknya melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terlibat dengan konflik haiwan liar seperti gajah.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar dan video di media sosial memaparkan empat ekor gajah ditemukan mati di sebuah kebun di daerah ini.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Johor Aminuddin Jamin ketika dihubungi berkata pihaknya akan melakukan bedah siasat terhadap kesemua haiwan liar itu bagi mengenal pasti punca kematian.

“Setakat ini, kita masih belum dapat mengesahkan sama ada kesemua gajah ini mati akibat diracun atau sebaliknya,” katanya.

Pada 13 April lepas, Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim dilapor berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa lokasi lintasan gajah di seluruh negara dengan Johor melibatkan Jalan Kahang-Jemaluang, Jalan Kota Tinggi-Mersing dan Jalan Kluang-Kota Tinggi. – 1 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related