◉ HEADLINES

Jemaah haji terkandas di Makkah rakam penghargaan kepada kerajaan

Sebelum ini media melaporkan terdapat beberapa jemaah haji Malaysia terkandas di Makkah selepas pasport mereka dipegang agensi pelancongan sekali gus tidak boleh pulang ke tanah air

9:51 PM MYT

 

SEPANG — Jemaah haji yang terkandas di Makkah selama sebulan hari ini merakamkam penghargaan kepada kerajaan Malaysia atas urusan membawa mereka pulang ke tanah air.

Bercakap kepada kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  (KLIA) Terminal 2 di sini hari ini, pesara swasta yang hanya ingin dikenali sebagai Mohammad berkata bantuan yang diberikan kerajaan telah melancarkan urusan tersebut dan mereka kini selamat tiba di tanah air.

“Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya ringkas kerana tidak dapat memberikan kerjasama lanjut susulan isterinya rebah dan hampir pengsan.

Mohamad, 60 dan isterinya yang dikenali sebagai Ju, 58, tiba di KLIA Terminal 2 pada 7 petang menerusi penerbangan dari Singapura.

Baru-baru ini media melaporkan pasangan suami isteri terkandas di Makkah dan memohon bantuan selepas agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji menggunakan visa pelancong, tidak memberikan kerjasama apabila diminta mengembalikan pasport bagi membolehkan mereka pulang ke Malaysia.

Sementara itu, anak ketiga kepada pasangan berkenaan, Ena, 33, berkata keadaan yang menimpa ibu bapanya membuatkan dia tidak keruan dan bertindak berhubung sendiri dengan wakil Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah pada Rabu lepas.

Menurut Ena ibunya menghidap penyakit darah tinggi dan lemah jantung sejak lima tahun lepas.

“Saya mula berhubung dengan pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah untuk terangkan situasi yang menimpa ibu bapa saya serta hampir 300 mangsa lain.

“Pihak konsulat sangat membantu dan hampir setiap hari akan hantar perkembangan urusan penghantaran ibu dan bapa saya termasuk gambar mereka kepada saya,” katanya yang merupakan penasihat undang-undang.

Menurutnya pihak konsulat telah berurusan dengan agensi pelancongan terbabit dengan meminta mereka memulangkan pasport dan menampung kos penerbangan pulang ke tanah air.

“Alhamdulillah, semalam mereka bertolak dari Jeddah dan transit di Singapura sebelum berlepas ke KLIA hari ini,” katanya menambah ibu bapanya berlepas ke Makkah pada 2 Mei lepas.

Ena berkata dia telah membuat laporan polis dan memberi keterangan kepada Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Lembaga Tabung Haji dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah berhubung insiden tersebut. – 2 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Daylight heist at Brickfields: Armed gang storms jewellery shop, escapes in minutes

Guard assaulted as masked gang strikes mid-morning, fleeing with valuables in a tightly coordinated raid within minutes

◉ Related