◉ HEADLINES

Lelaki maut ditikam anak saudara dengan gunting ketika pertengkaran

Difahamkan polis akan mendapatkan permohonan reman terhadap suspek pagi ini untuk melengkapkan siasatan

8:36 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan selepas dipercayai menikam mati bapa saudaranya dalam kejadian di Kampung Haji Baki dekat Kuching, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Mohd Irwan Hafiz berkata, suspek ditahan kira-kira jam 8.30 malam tidak jauh dari lokasi kejadian.

Menurutnya, sebelum kejadian suspek dan mangsa yang berusia 55 tahun dikatakan terlibat dalam pertengkaran.

“Ketika pertengkaran itu suspek menikamnya di bahagian dada dengan objek tajam, dipercayai sebilah gunting.

“Mangsa maut di tempat kejadian,” katanya.

Difahamkan polis akan mendapatkan permohonan reman terhadap suspek pagi ini untuk melengkapkan siasatan.

Motif dan punca kejadian masih disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh. – 4 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

The Formula for F1’s return to Sepang – Dr Helmy Haja Mydin

The biggest race turnout at the SIC to date is enough cause to consider a resurrection of the Malaysian GP

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Shadow AI in public sector raises questions over governance and data security – KV Soon

Concerns emerge over the use of AI agents linked to an official work email, highlighting the need for stronger oversight, accountability and safeguards

◉ Related